Connect with us

Oh! Media

Mamat Sepah Mohon Maaf Kepada Ustaz Syamsul Debat 

Mamat Sepah

Oh! Artis

Mamat Sepah Mohon Maaf Kepada Ustaz Syamsul Debat 

Pelawak terkenal, Mamat Sepah baru-baru ini dikecam netizen gara-gara menyampuk ketika pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat sedang bercakap di podcast.

BACA: Mamat Sepah Menyampuk Syamsul Debat Dalam Podcast Undang Kecaman

Dalam video tular, kelihatan pendakwah itu menegur Mamat menyifatkan perangai seperti itu tidak cerdik.

IKLAN

Mamat minta maaf kepada ustaz

Terbaru, Mamat tampil berkongsi screenshot mesej menunjukkan dia memohon maaf kepada pendakwah itu.

Mamat Sepah

Mamat memulakan perbualan dengan menghantar pautan satu video menunjukkan mereka menjadi bualan ramai di sosial media.

Salam ustaz… saya minta maaf kat ustaz… disebabkan saya viral pulak isu ustaz dengan saya di media sosial… lagi sekali saya mohon maaf sangat-sangat.

Ustaz Syamsul bagaimanapun menjawab dengan penuh profesional dan memahami keadaan.

Tak adalah. Bukan apa pun. Diaorang saja nak heboh-hebohkan. Kita ni borak hari tu aje.

Ramai netizen memuji tindakan Mamat yang berani bertanggungjawab dan segera memohon maaf walaupun isu itu bukanlah sesuatu yang serius.

Mamat jelaskan hal sebenar

Mamat Sepah

Dalam laporan Harian Metro, Mamat menjelaskan klip tular dipotong serta disebarkan tanpa konteks penuh sehingga mengundang salah faham ramai pihak.

Menurut Mamat, beliau dan Ustaz Syamsul sudah lama kenal dan hubungan mereka memang rapat. Malah, sebelum sesi rakaman bermula, mereka sempat berbual dan memberikan taklimat penuh termasuk jenis soalan yang akan ditanya.

Tambahnya lagi, suasana rakaman ketika itu sangat santai dan gurauan yang dibuat hanyalah untuk mengekalkan momentum podcast yang sememangnya memerlukan tenaga dan vibe yang konsisten sepanjang tempoh siaran.

Pssttt! Kadang-kadang apa yang kita nampak dalam satu klip pendek belum tentu gambarkan keseluruhan cerita. Betul tak?

Kredit: Harian Metro | Instagram Mamat Sepah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas