Hanya mengambil masa lebih kurang satu jam setengah daripada Lembah Klang, Genting Highlands menyediakan pelbagai tarikan untuk pengunjung.
Di Twitter, perkongsian gadis ini meraih perhatian sehingga mendapat lebih 13,000 retweet. Selain daripada taman tema, gadis ini menyenaraikan empat lagi ‘port’ best di Genting Highlands. Jom check it out!
Pergi Genting asyik main indoor theme park je kan? Boring gila. Meh sini i nak share apa lagi benda best yang korang boleh buat kat Genting Highlands. Baru lah tak basic hahah
Lokasi pertama yang disenaraikan adalah Strawberry Leisure Farm. Di sini pengunjung berpeluang untuk melakukan aktiviti memetik buah strawberi seperti di Cameron Highlands. Jelasnya, benih strawberi di sini semuanya diimport daripada California. Wah!
Selain strawberi, di sini terdapat juga taman pelbagai jenis bunga-bungaan. Memang sejuk mata memandang!
Harga tiket masuk: Dewasa RM15, kanak-kanak RM10.
Waktu operasi: Bermula 12 Oktober 2021 (9 pagi – 7 malam)
Terletak di sepanjang jalan utama tidak jauh sebelum Gohtong Jaya, pengunjung boleh memerhati dan mempelajari mengenai pengeluaran madu tempatan di sini.
Bagi peminat serangga, di sini terdapat juga ‘Butterfly Wonderland’ iaitu sebuah kandang besar dipenuhi spesis rama-rama tempatan dan burung jinak.
Waktu operasi: 9 pagi – 8 malam setiap hari
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook HappyBeeFarm
GLAMZ Genting
Fuh tengok pun dah cantik apatah lagi kalau anda berpeluang merasai sendiri pengalaman glamping di Glamz ini kan? Lain daripada yang lain, anda mesti tak menyesal meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga di sini.
Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang Glamz untuk mengetahui jenis-jenis penginapan yang disediakan. Antaranya adalah Dome room, VIP Dome with private jacuzzi, Family Dome dan Bell Tent.
Bona Cinemas
Akhir sekali, gadis ini mencadangkan pengunjung menonton wayang di Bona Cinemas IMAX yang terletak di tingkat 1, Sky Avenue. Selain skrin lebar, tempat duduk juga boleh digerakkan mengikut kesesuaian dan aksi pada skrin.