Connect with us

Oh! Media

Kantoi Berkhalwat, Pakwe Pecut Kereta Sampai Masuk Sungai! Lari Tinggal Awek Sorang-Sorang

Khalwat

Oh! Tidak

Kantoi Berkhalwat, Pakwe Pecut Kereta Sampai Masuk Sungai! Lari Tinggal Awek Sorang-Sorang

Satu pasangan kekasih bertindak memecut kereta yang dipandu sejauh 14 kilometer kerana melarikan diri daripada ditangkap khalwat pihak berkuasa.

BACA: Lelaki Kantoi Sorok Bawah Katil Rumah Janda, ‘Cuak’ Ditangkap Khalwat

Lapor Sinar Harian, kejadian itu berlaku di Paya Lebar, Masjid Tanah, Melaka sekitar jam 9.30 malam hari Khamis.

IKLAN

Kereta Perodua Myvi yang dipandu kemudian terjunam ke dalam sungai di kawasan berhampiran menyebabkan suspek melarikan diri dengan berenang ke seberang dan meninggalkan teman wanita dalam kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, berkata, pemeriksaan polis ke atas kenderaan tersebut tidak menjumpai sebarang kesalahan.

Suspek yang berusia 30 tahun dipercayai melarikan diri kerana takut dicekup selepas berselisih dengan kereta peronda (MPV Polis) yang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan Hutan Simpan Masjid Tanah.

Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Pasangan suspek yang merupakan seorang wanita berusia 26 tahun ditemui selamat dalam kereta, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Wanita itu kemudian dihantar ke rumah saudaranya di Telok Gong, Melaka oleh anggota peronda terlibat.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas