Connect with us

Oh! Media

Gadis Ini Kongsi 4 ‘Port’ Menarik Di Genting Highlands Selain Taman Tema

Genting1

Oh! Lifestyle

Gadis Ini Kongsi 4 ‘Port’ Menarik Di Genting Highlands Selain Taman Tema

Pemandangan mempesona serta suhu nyaman di Genting Highlands menjadikan ianya antara lokasi pelancongan popular di Malaysia.

BACA: Taman Tema Genting Skyworlds Bakal Dibuka Tak Lama Lagi Dengan 9 Jenis Tarikan Bertema Filem

Hanya mengambil masa lebih kurang satu jam setengah daripada Lembah Klang, Genting Highlands menyediakan pelbagai tarikan untuk pengunjung.

IKLAN

Di Twitter, perkongsian gadis ini meraih perhatian sehingga mendapat lebih 13,000 retweet. Selain daripada taman tema, gadis ini menyenaraikan empat lagi ‘port’ best di Genting Highlands. Jom check it out!

Strawberry leisure farm dan lavender farm

157010350 10158174004986553 340929534118404866 n
Kredit Facebook Genting Strawberry Leisure Farms

Lokasi pertama yang disenaraikan adalah Strawberry Leisure Farm. Di sini pengunjung berpeluang untuk melakukan aktiviti memetik buah strawberi seperti di Cameron Highlands. Jelasnya, benih strawberi di sini semuanya diimport daripada California. Wah!

Selain strawberi, di sini terdapat juga taman pelbagai jenis bunga-bungaan. Memang sejuk mata memandang!

Harga tiket masuk: Dewasa RM15, kanak-kanak RM10.

Waktu operasi: Bermula 12 Oktober 2021 (9 pagi – 7 malam)

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook Genting Strawberry Leisure Farms

Happy Bee Farm & Insect World

Terletak di sepanjang jalan utama tidak jauh sebelum Gohtong Jaya, pengunjung boleh memerhati dan mempelajari mengenai pengeluaran madu tempatan di sini.

Bagi peminat serangga, di sini terdapat juga ‘Butterfly Wonderland’ iaitu sebuah kandang besar dipenuhi spesis rama-rama tempatan dan burung jinak.

Waktu operasi: 9 pagi – 8 malam setiap hari

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook HappyBeeFarm

GLAMZ Genting

Glamz

Fuh tengok pun dah cantik apatah lagi kalau anda berpeluang merasai sendiri pengalaman glamping di Glamz ini kan? Lain daripada yang lain, anda mesti tak menyesal meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga di sini.

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang Glamz untuk mengetahui jenis-jenis penginapan yang disediakan. Antaranya adalah Dome room, VIP Dome with private jacuzzi, Family Dome dan Bell Tent.

Bona Cinemas

Fchjp8cuuaad0an

Akhir sekali, gadis ini mencadangkan pengunjung menonton wayang di Bona Cinemas IMAX yang terletak di tingkat 1, Sky Avenue. Selain skrin lebar, tempat duduk juga boleh digerakkan mengikut kesesuaian dan aksi pada skrin.

Untuk maklumat lanjut anda boleh klik di sini.

Ha bagi sesiapa yang berminat, anda bolehlah merancang perjalanan anda ke Genting Highlands. Selamat bercuti!

Kredit: Twitter fnadira_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas