Oh! Tidak
Bekerja Syif, Staf Dapat ‘Query Letter’ Gara-Gara Keluar Solat Jumaat
Di Facebook, tular perkongsian seorang individu di laman Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM) yang meminta khidmat nasihat berkenaan isu solat Jumaat di tempat kerjanya.
Dalam luahan itu, dia yang merupakan pekerja syif dikatakan menerima ‘query letter’ daripada majikan selepas keluar solat Jumaat.

Jelasnya, selama dua tahun bekerja di situ, tiada masalah untuk keluar menunaikan solat Jumaat. Tetapi, tiba-tiba sahaja dia mendapat surat berkenaan.
Saya ingin dapatkan khidmat nasihat mengenai hak pekerja berkenaan solat Jumaat. Saya bekerja syif. Baru-baru ini saya dapat query letter kerana menunaikan solat Jumaat.
Selama saya bekerja dua tahun, tak pernah ada isu menunaikan solat. Apakah langkah seterusnya yang boleh saya lakukan?
Pemuda ini memohon peguam yang boleh membantu menyelesaikan isu itu tampil menghubunginya.

Memetik laporan mStar, seorang peguam kemudian menasihati pemuda ini supaya menjawab surat berkenaan untuk justifikasi.
Jika majikan memotong gaji atau elaun disebabkan solat Jumaat, pekerja boleh membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Jika diberhentikan kerja, laporan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) boleh dibuat. Difahamkan, kejadian ini berlaku di dalam negeri Selangor.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM