Connect with us

Oh! Media

Taman Tema Genting Skyworlds Bakal Dibuka Tak Lama Lagi Dengan 9 Jenis Tarikan Bertema Filem

Bbd74943 6218 4c80 9b5d 9c3df495091a

Trending

Taman Tema Genting Skyworlds Bakal Dibuka Tak Lama Lagi Dengan 9 Jenis Tarikan Bertema Filem

Pasti antara kita tidak sabar untuk kembali jalan-jalan atau melancong bersama yang tersayang selepas kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan dibuka.

Berita gembira buat semua pengunjung taman tema kerana Genting Skyworlds yang terkenal dengan taman tema bertemakan filem akan kembali dibuka pada pertengahan tahun ini.

Umum mengetahui taman tema itu ditutup untuk proses renovasi dan telah membuat pelaburan sebanyak (+-RM3.2 bilion) untuk menaik taraf taman tema berkenaan.

IKLAN

Wakil Resort World Genting (RWG), Lee Thiam Kit, berkata mereka melihat pelaburan yang dibuat sebagai aset untuk menaikkan kembali ekonomi pelancongan negara.

Kami komited untuk membuka kembali taman tema ini sekiranya dibenarkan untuk beroperasi.

Sekiranya dibuka, kami dapat menghasilkan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan secara tidak langsung dapat menggalakkan sektor pelancongan buat Malaysia dan negeri Pahang.

9 jenis tarikan yang bertemakan filem iaitu Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio.

Harga tiket akan diumumkan sebelum tarikh rasmi dibuka.

Tak sabar rasanya nak pergi melancong bersama yang tersayang.

Kredit: Vocket

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas