Connect with us

Oh! Media

Nabila Razali Kantoi Berduaan Dengan Lelaki Berjambang Di Genting Highlands

Oh! Artis

Nabila Razali Kantoi Berduaan Dengan Lelaki Berjambang Di Genting Highlands

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sedang bersiar-siar bersama seorang lelaki berjambang di Genting Highlands. Kekasih baru ke tu?

ADVERTISEMENT

Menurut satu video temubual di portal mStar, Nabila menganggap perkara itu bukanlah satu isu besar kerana dia boleh keluar dengan sesiapa sahaja memandangkan status dirinya yang masih solo.

Nabila juga menyangka mungkin disebabkan dia seorang selebriti membuatkan peminat sentiasa ingin mengambil tahu hal peribadinya.

Sebenarnya tiada isu pun saya mahu keluar dengan siapa esbab saya berkawan dengan ramai orang. Khai Bahar pun saya pernah keluar bersama, mungkin disebabkan saya ini selebriti maka apa yang saya lakukan menjadi perhatian ramai.

Kalau korang tengok video yang tular tu, nampaklah yang Nabila sedang berjalan berdua dengan seorang lelaki berjambang tapi langsung tidak kisah ataupun cuba larikan diri apabila dirakam oleh peminat.

Walau bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Peluang Kedua itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai siapakah gerangan lelaki tersebut namun mengakui sedang mengenali seseorang.

Kata Nabila, dia hanya ingin membiarkan perkara tersebut terus menjadi teka-teki dan tidak kisah jika ia dianggap sebagai gimik untuk penerbitan lagu yang akan datang.

Buat masa ini biarlah saya sahaja yang tahu. Biar orang terus berteka-teki. Saya tak boleh nak beritahu apa-apa sekarang. Mungkin juga gimik untuk lagu baru nanti. Jadi teruslah ikut perkembangan kerjaya seni saya

Nabila dalam pada itu menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin dan memohon yang terbaik daripada orang ramai terutamanya peminat di luar sana.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas