Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Salah Faham Jadi Punca Bekas Teman Sebilik Simbah Asid

Makin banyak pula kes simbah asid. Kali ini, seorang penuntut universiti telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tuduhan menyimbah bekas teman sebiliknya dengan asid.

Difahamkan mereka berdua salah faham sehingga bergaduh sebelum kejadian ini berlaku.

IKLAN

BACA: Seorang Lagi Suspek Simbah Asid Terhadap Faisal Halim Sehingga Terbakar Tahap 4 Ditahan

Menurut laporan mStar, tertuduh, A Keertana Naidu telah didakwa atas dua petuduhan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dan juga memiliki bahan kakisan.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dikenakan sebatan atau denda.

Mereka (tertuduh dan mangsa) berkawan dan pernah tinggal sebilik ketika belajar di Kolej Matrikulasi. Keluarga kedua-dua juga saling mengenali.

Sebaik pertuduhan dikemukan di hadapan Hakim Nik Habri Muhammad, Keertana memohon untuk dibicarakan.

Sebelum ini, pendakwa raya tidak menawarkan jaminan kepada Keertana kerana kesalahan ini dianggap serius.

Terdapat pertikaian masalah yang timbul antara mereka dan tertuduh sanggup datang dari Johor dengan membawa satu botol asid. Ia satu risiko yang tinggi jika tertuduh dijamin.

Namun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan syarat tidak menganggu mangsa.

Susulan itu, mahkamah menetapkan 9 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Bahaya ek ada kawan macam ni, sampai sanggup simbah asid dekat kawan sendiri. Semoga mangsa sembuh dengan cepat.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas