Connect with us

Oh! Media

Oh! Arena

Prestasi Faisal Halim Tidak Akan Sama Seperti Dulu

Masa depan karier dan prestasi pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat dan netizen.

BACA: “Selangor FC Sedia Berdepan Dengan Apa Jua Tindakan”- Sultan Selangor Utamakan Keselamatan Pemain

IKLAN

Menurut laporan Berita Harian, Dr Muhammad Aliff Md Zaki berkata kecederaan yang dialami akan mempengaruhi keseimbangan badan Faisal.

Tambahnya, otot yang rosak atau putus tidak akan kembali seperti asal walaupun sudah dirawat.

Mungkin kita tak akan nampak Faisal yang dulu.

Namun, apabila sudah sampai kes macam ini (kecederaan tahap empat), jarang boleh kembali pulih kepada asal.

Lebih menyedihkan apabila seorang lagi doktor kulit, Dr Noor Ameera Rahmat berkata Faisal mungkin hanya akan pulih 30 hingga 40 peratus.

Ia akan membabitkan banyak siri pembedahan dan pembedahan itu pun ambil masa yang lama sebab doktor nak tengok perkembangan luka dia.

Noor Ameera juga menegaskan masih awal lagi untuk memutuskan Faisal perlu bersara awal atau tidak.

Ketika ini, Faisal difahamkan akan menjalani proses fisioterapi untuk menguatkan semula anggota badan dan juga memerlukan proses pemulihan mental dari pakar.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Faisal dan berharap mentalnya kuat untuk kembali beraksi dalam pasukan kebangsaan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas