Connect with us

Oh! Media

Andika Putera Mengaku Bercerai Dengan Ananda Natasha Dan Tampil Perjelas Dakwaan Tak Hargai Isteri

Andika Putera bercerai

Trending

Andika Putera Mengaku Bercerai Dengan Ananda Natasha Dan Tampil Perjelas Dakwaan Tak Hargai Isteri

Personaliti media sosial, Andika Putera mengaku telah bercerai dengan isterinya, Ananda Natasha. Biar betul?

ADVERTISEMENT

BACAPakar Motivasi Andika Putera Mohon Maaf Isu ‘Dengan Izin Allah’

Bukan tu jer, Andika juga didakwa tak hargai dan langsung tak pandang muka isterinya menerusi satu video yang dimuat naik Ananda sebelum ini ketika perjumpaan untuk mengambil anak. 

Menerusi satu video di Tiktok, Andika akhirnya tampil memberitahu apa yang dilihat netizen dalam video itu adalah tidak benar.

https://www.tiktok.com/@andikaputeraa/video/7365858237855337735?_t=8mDkUEiy1Ym&_r=1

Video yang Tasha muat naik semalam, beribu-ribu komen kata Andika tak pandang Tasha, tak ingat pengorbanan dia. Andika ni kejam dan sebagainya. 

Jadi video ni Andika perlu beri penjelasan mengenai situasi sebenar. Bukan semua orang muat naik dekat media sosial perkara sebenar. Kita selalu menilai orang kenapa?

Semalam, memang Andika jumpa Alisha. Andika ambil sebab itu giliran Andika jaga dia. Bukan setakat jumpa sahaja, Andika sempat Whatsapp Tasha baik-baik dan ajak pergi makan sekali. 

Andika borak dengan dia. Kami gelak sama-sama. Kami sembang pasal perkembangan diri masing-masing. Tadi pun baru telefon Tasha dan tanya ada tak video semalam saya nak muat naik. 

Dia kata tak rakam sebab kami sibuk borak. Tasha hanya buat video pendek selepas itu yang menunjukkan saya tak pandang dia. Walhal bukan setakat pandang, gelak, borak dan makan sekali.

Tapi ramai orang komen negatif. Andika maafkan. Andika nak semua orang jangan menilai daripada satu atau dua minit video seorang itu muat naik di media sosial. Orang itu ada 24 jam, kita tak tahu baki 23 jam mereka itu.

Kredit: Andika Putera

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas