Connect with us

Oh! Media

Raja Azura kahwin

Oh! Artis

Raja Azura Didakwa Dah Bernikah Dengan Jejaka Pilihan?

Pengacara dan pelakon, Raja Azura didakwa sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya yang dipercayai berlangsung semalam setelah hampir 13 tahun hidup bersendirian. Biar betul?

Menurut laporan Harian Metro, pengacara itu kongsikan video persandingan menerusi Instagram miliknya semalam.

IKLAN

Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima Kasih.

Kalau korang tengok video yang dikongsikan itu, Raja Azura sedang berjalan menuju ke pelamin dengan memakai baju kurung.

Hasil pemerhatian kami, sebenarnya anak Raja Azura yang kahwin dan bukan dirinya. Apapun, tahniah sebab dapat menantu baru!

Untuk info, Raja Azura pernah berkahwin dengan anak kepada Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Ariff iaitu Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada tahun 2001 dan bercerai pada tahun 2010.

Kredit: Harian Metro | Instagram Raja Azura

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas