Connect with us

Oh! Media

“Kita Boleh Menyayangi Lelaki, Tapi Jangan Jadi Bod*h”, Netizen Risau Suami Kieda Crepe Curang?

Suami kieda crepe ohmedia

Trending

“Kita Boleh Menyayangi Lelaki, Tapi Jangan Jadi Bod*h”, Netizen Risau Suami Kieda Crepe Curang?

Sebelum ini usahawan, Kieda Crepe yang menghadiahkan suaminya sebuah kereta sukan jenis Honda Civic FL5 telah mengundang perhatian ramai. Seronoknya!

Disebabkan itu, ada juga segelintir netizen yang mengingatkan kepada usahawan itu yang suami tetap boleh berlaku curang walaupun kita dah buat yang terbaik dan bagi pelbagai hadiah sekalipun kepadanya.

Bila kereta untuk suami, sayang suami tapi akhir sekali suami curang.

Walau bagaimanapun, Kieda tampil menjawab komen mengenai dakwaan suami boleh berlaku curang itu dan berkata yang para wanita harus bertindak selangkah dihadapan.

IKLAN

Suami nak curang, itu pilihan dia.

Pilihan kita (isteri) ialah beli macam-macam dan beri pada dia tetapi kereta dan harta benda letak atas nama kita siap-siap.

Kita boleh jadi wanita yang menyayangi lelaki tetapi jangan jadi bodoh lagi-lagi selepas tengok pengalaman yang dilalui orang lain.

Kita jadikan iktibar, boleh hadiahkan macam-macam tapi semua harta benda letak atas nama kita.

Ramai yang setuju dengan jawapan Kieda itu tapi ada pula yang anggap perbuatan seperti itu tak ikhlas. Pulak dah!

Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan buat Kieda dan sentiasa bahagia bersama suami tercinta. 

Kredit: Tiktok Kieda Crepe

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas