Connect with us

Oh! Media

Anda Ada Bakat? Kalau Ada, Tunggu Apa Lagi Buktikanlah, Dengan MR.DIY Bakat Luar Biasa Malaysia

Bakat Luar Biasa Malaysia

Branded

Anda Ada Bakat? Kalau Ada, Tunggu Apa Lagi Buktikanlah, Dengan MR.DIY Bakat Luar Biasa Malaysia

“Ni Zai Zuo Mo? Jom makan, just in front laa… “

Alaa 3 bahasa dalam satu ayat? Itu makanan kita sehari-hari. 

Hmm, korang mesti selalu guna ayat macam ni kan. Itu lah salah satu bakat “TERPENDAM” hampir semua rakyat Malaysia boleh buat tau. Mana taknya kita hidup berbilang kaum dan bangsa, saling belajar dan menghormati satu sama lain. 

Itu belum masuk lagi bakat “sabar” yang semua orang di Malaysia ini ada, iaitu kita boleh beratur berjam-jam lamanya untuk dapatkan makanan “Viral”. Ehemm, itu pun dikira bakat tau. 

Satu Dalam Sejuta, Bakat Luar Biasa Yang Terpendam 

Seronok yaa korang gelak tu. Meh sini kami tunjukkan beberapa bakat yang cukup luar biasa yang kami temui. 

Uish, ini betul-betul berbakat. Ingatkan bercakap 3 bahasa dalam satu ayat dah power. Rupanya dia boleh bercakap sampai 6 bahasa sambil berlakon. Hebat anak muda!

Hmm, bakat apa je yang ada lagi ya? 

Eh, masih banyak lagi tau bakat LUAR BIASA yang rakyat Malaysia ada. 

Korang ingat tak, waktu kecil-kecil kalau nak lukis bulatan bukan main susah lagi. Duit, syiling, penutup botol dan macam-macam lagi kita guna untuk dapatkan bulatan yang perfect kan. 

Eh, ada orang boleh lukis bulatan tanpa BANTUAN!! 

https://www.tiktok.com/@uzairitaib/video/6817817405515975937?refer=embed

Ini POWER ni! Korang mesti pernah cuba #circlechallenge kan. Nampak mudah, tapi percayalah, ia tidak semudah yang dilihat. Kami buat tak jadi! Penat kami cuba tau. 

Kadang-kadang terfikir juga, mereka ni datang dari planet mana ya? Betul-betul misteri bakat mereka ini. 

Tapi, sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang mempunyai “Bakat LUAR BIASA” tau. Mana tahu, korang pun sebenarnya ada bakat yang orang lain tak ada?

Pertandingan MR.DIY Bakat Luar Biasa Malaysia Tawar Hadiah Lumayan 

Dengar cerita MR.DIY nak bagi hadiah lumayan untuk rakyat Malaysia yang mempunyai bakat LUAR BIASA! 

Kalau korang atau kenalan korang yang mempunyai bakat luar biasa, jom sertai challenge MR.DIY. 

Korang hanya perlu ikuti langkah mudah seperti di bawah, untuk mengikuti pertandingan MR.DIY Bakat Luar Biasa Malaysia dan berpeluang memenangi hadiah lumayan. 

Peringkat 1: Penyerahan Dalam Talian (7 Mei hingga 3 Jun 2024) 

  • Langkah 1: Rakam bakat luar biasa korang ataupun orang sekeliling. Pastikan korang dapat izin dari mereka sebelum rakam tau! 
  • Langkah 2: Siarkan/muat naik video tersebut di media sosial dengan hashtag #BakatLuarBiasaMalaysia dan jangan lupa untuk tag @MRDIY. 
  • Langkah 3: Pastikan korang isi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar secara rasmi di SINI

Peringkat 2: Pengundian (11 hingga 24 Jun 2024) 

  • Penyertaan yang sah akan dimuat naik ke laman mikro
  • Orang ramai boleh melawati laman mikro untuk mengundi video kegemaran korang.
  • Setiap pengguna boleh memasuki laman web dan mengundi setiap hari, terhad sebanyak 3 undian sehari dan setiap undian perlu dibuat untuk video yang berbeza.

Peringkat 3: Pengumuman pemenang 

  • 13 video dengan undian tertinggi akan dipilih sebagai pemenang!

Hadiah yang bernilai sehingga RM25,000, akan dibahagikan kepada setiap pemenang yang terpilih. 

Hadiah Utama : Wang tunai RM10,000

Hadiah Kedua : Wang tunai RM 5,000

Hadiah Ketiga : Wang tunai RM 3,000

Saguhati x10 : Wang tunai RM 700  

Bukan itu sahaja, bagi 50 penyertaan pertama yang layak, korang berpeluang untuk memenangi baucar wang tunai MR.DIY sebanyak RM50.

Wow! Tunjukan bakat luar biasa pun boleh menang hadiah wang tunai. Korang tunggu apa lagi? Jom sertai pertandingan MR.DIY Bakat Luar Biasa Malaysia sekarang sehingga 3 Jun ini. 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang rasmi MR.DIY dan ikuti media sosial di Facebook, Instagram, TikTok

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas