Connect with us

Oh! Media

Kalau Pakai Confirm Bertambah Comel, Ini Antara Barangan Wajib Ada Menjelang Lebaran Ini!

Promosi Raya Watsons

Branded

Kalau Pakai Confirm Bertambah Comel, Ini Antara Barangan Wajib Ada Menjelang Lebaran Ini!

Kalau korang tengok sekarang ni kan, banyak betul trend yang memperagakan pakaian khas untuk kucing kan? Kucing tu dah la sejak lahir-lahir dah comel, bertambah pula ada baju, lagi comel!

Siapa yang ada kucing dan pakaikan mereka baju tu, kita memang boleh geng sebab kami ni pun pantang nampak benda-benda comel ni!

Alang-alang tengah cakap pasal comel ni kan, kami ada jumpa satu set barangan comel yang CONFIRM korang akan suka lagi-lagi pencinta cik meow! Kalau nak tahu, jom kami kongsikan.

Tampil Dengan Rekaan Unik, Watsons Tawar 50% Untuk Set Barangan Kecantikan Ala-Ala Kucing!

Wow, seriuslah Watsons ada diskaun sampai 50% untuk set barangan kecantikan ala-ala kucing ni?! Mesti comelkan?

Haa, siapa yang menjadi pelanggan setia Watsons mesti tahu yang Watsons juga mempunyai patung plushies comel bernama Unik betul tak? Kalau mereka ada plushie kucing, tak mustahil mereka juga ada barangan yang ada rekaan kucing kan? 

Antara barangan yang kami maksudkan ini adalah:

1. UNIK Multipurpose Air Freshener

Kalau korang selalu guna penyaman udara untuk kereta, almari atau beg gantung, apa kata korang ‘level up’ sikit dan dapatkan Unik Multipurpose Air Freshener! 

Bukan saja mempunyai haruman yang sangat menyegarkan, malah ia juga direka dengan muka kucing yang sangat comel. Pencinta kucing pasti suka!

Psst, ia hadir dengan dua versi iaitu UNIK Multipurpose Air Fresh Clip 4g with Energetic Scent dan UNIK Multipurpose Air Fresh Clip 4g with Blissful Scent! Comelkan? 

Kalau comel, korang kena dapatkan tau, hanya di Watsons! 

2. UNIQUE Cute Pet Head Gear Dress Up Jungle

Biasa kalau dah petang raya tu, masing-masing dah tukar baju rumah saja betul tak? Samalah dengan kucing, mereka pun penat beraya juga… 

Jadi, daripada seharian bagi mereka pakai baju raya, apa kata korang tukar dengan UNIQUE Cute Pet Head Gear Dress Up Jungle! Fuh, kami jamin bukan korang saja yang cair, malah tetamu-tetamu yang datang pun pasti akan terkam kucing korang sebab comel sangat! 

Hadir dengan dua rekaan, UNIQUE Cute Pet Head Gear Dress Up Jungle ni bukan saja untuk musim perayaan saja tau, korang boleh pakaikan head gear ini pada bila-bila masa, sama ada bersiar-siar pergi taman ke atau ke pusat beli-belah. 

3. UNIQUE USB Mini Hair Remover 

Siapa dekat sini yang masih menggunakan pencukur bulu biasa, apa kata korang dapatkan UNIQUE USB Mini Hair Remover Pink bagi meriah sikit bilik korang! 

Menariknya, UNIQUE USB Mini Hair Remover Pink ini bukan saja dapat memotong bulu dengan lebih smooth, malah ia juga lebih bersih berbanding pencukur biasa sebab ia hadir bersama peralatan pembersihan. Jadi, korang bolehlah bersihkan sendiri lepas bercukur.

4. UNIQUE USB 4 in 1 Hair Remover

Eh, tadi dah cerita pasal pencukur bulu, ni pun nak cerita pasal pencukur bulu lagi ke? Haa, korang sabar jap sebab pencukur bulu kali ini bukan saja mempunyai rekaan yang cantik, malah ada banyak kegunaan tau!  

UNIQUE USB 4 in 1 Hair Remover ini didatangkan dengan 4 jenis kepala pemotong yang boleh ditukar ganti tau! Wow, kalau dah ada 4 jenis kepala ni, mestilah masing-masing ada fungsi tersendiri kan?

Tepat sekali, dengan keempat-empat jenis pemotong ini, ia boleh digunakan sebagai pencukur wanita, pencukur janggut, pencukur kening dan hidung dan pencukur bulu badan. Perghh, mudahnya! 

Paling penting, pencukur ini juga sangat mudah untuk digunakan di mana-mana bahagian yang sukar untuk dicapai sebab ia direka dengan rekaan yang tirus dan memanjang. 

5. UNIQUE 5pcs Paw Make Up Brush

Kita ni pantang kalau nampak benda-benda comel, mesti terus beli betul tak? Lagi-lagi kaum wanita, kadang-kadang bilik tu dah penuh dengan barangan yang comel kan? 

Haa, meh sini kami nak hasut korang beli UNIQUE 5pcs Paw Make Up Brush! Comelkan set alat solek ni?! Rugi sangat kalau korang tak dapatkan!

Set alat solek ini direka dengan rekaan bentuk paw atau telapak kaki kucing yang gebu dan comel, serta hadir dengan tiga (3) berus solek, satu (1) cermin kecil dan satu (1) bekas penyimpanan alat solek. 

Jadi, korang tunggu apa lagi, apa kata beli sekarang set alat solek UNIQUE 5pcs Paw Make Up Brush Purple! 

6. UNIQUE Facial Cleanser & Massager

Kalau korang jenis cuci muka guna telapak tangan, apa kata korang tukar kepada alat pencuci muka yang siap sekali dengan mengurut macam UNIQUE USB Cute Paw Facial Cleanser & Massager Pink!

Bukan apa, kalau guna peranti ni, ia bukan saja lembut pada kulit, malah ia juga dapat mencuci muka dengan lebih bersih mendalam dengan membersihkan minyak dan kotoran pada kulit wajah, bagi mengelakkan pertumbuhan jerawat. 

Kalau korang nak kulit yang bersih dan gebu seperti si comel, korang kena dapatkan UNIQUE USB Cute Paw Facial Cleanser & Massager Pink!

7. UNIQUE Pet Shower Brush with Soap Container Attached

Untuk korang yang selalu mandikan kucing menggunakan telapak tangan tanpa menggunakan sarung, mesti tangan korang akan gatal-gatal lepas tu kan? 

Kalau beli sarung tangan, banyak membazir pula kan? Daripada membazir, baik beli UNIQUE Pet Shower Brush with Soap Container Attached yang comel ni! 

Berus pancuran mandian lembut yang diperbuat daripada silikon ini dapat memastikan bulu si comel korang dicuci dengan baik tanpa menyakiti kulit atau menyebabkan kerosakan tau.

Apa yang korang perlu buat adalah buka bekas silikon ini, tuangkan gel mandian, kemudian gosok pada si comel anda. Senang je kan? 

8. UNIQUE IPL Neck & Face LED Light Device Green

Siapa ada masalah garis di leher atau bentuk muka semakin bulat, daripada buat secara manual menggunakan gua sha, baik korang beli UNIQUE IPL Neck & Face LED Light Device Green.

Dengan UNIQUE IPL Neck & Face LED Light Device Green, ia dapat menggalakkan pengeluaran kolagen, menegangkan pelbagai bahagian serta bertindak sebagai anti garis leher tau. 

Paling penting, ia dapat bantu bentuk wajah anda menjadi bentuk V, meningkatkan keanjalan, menegangkan kulit, dan mengurangkan kedutan. Barulah kekal awet muda!

9. UNIQUE USB Eye Beauty Device

Dah alang-alang beli UNIQUE IPL Neck & Face LED Light Device Green tu, apa kata beli sekali UNIQUE USB Eye Beauty Device untuk lingkaran bawah mata. 

Haa, siapa yang selalu tidur lambat bangun awal sampai ada eyebag tu, memang kena dapatkan UNIQUE USB Eye Beauty Device ni sebab ia bukan saja dapat melegakan dan menegangkan kulit bawah mata, malah ia dapat mengelakkan garis sudut bawa mata tau. 

Selain itu, ia juga dapat memulihkan keanjalan kulit dengan lebih berkesan serta melambatkan penuaan kulit di sekitar kawasan mata. Psst, inilah rahsia sebenar nak awet muda!

10. Unik Cat Plush Toy

Tak lengkaplah set barangan kecantikan ala-ala kucing Watsons ni kalau tak ada patung plushies mereka, iaitu UNIK Cat Plush Toy! Dah lah gebu, kalau peluk ni memang sama macam kucing betul!

Korang tahu tak, kalau korang beli UNIK Cat Plus Toy ni, korang boleh beramal sekali tau yang mana sebahagian daripada hasil jualan patung plushies ini akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra. Sambil membeli, sambil beramal. 

Fuhh, banyak juga kan tawaran yang Watsons bagi sempena Lebaran tahun ni? Jadi, korang tunggu apa lagi, cepat rebut peluang keemasan ini sekarang dan jom singgah ke Watsons atau beli saja dalam talian! 

Maklumat lanjut tentang promosi Hari Raya, layari laman web rasmi Watsons atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas