Connect with us

Oh! Media

Datuk Red Untung RM30,000 Jual Kopi Dalam Masa 2 Minggu

datuk red

Oh! Artis

Datuk Red Untung RM30,000 Jual Kopi Dalam Masa 2 Minggu

Apa perkembangan Datuk Red erk? Sejak sah berpisah dengan isteri kedua hari tu, Ohmedia pun dah jarang update. Apapun, Datuk Red dilihat masih bersemangat untuk buat macam-macam kerja untuk memastikan hutang berjuta-juta ringgit dapat dilangsaikan.

ADVERTISEMENT

Perkembangan terkini, Datuk Red dikatakan berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM30,000 dalam masa dua minggu hasil produk kopi yang dijualnya.

Lebih membanggakan apabila jumlah keseluruhan untung itu, Datuk Red serahkan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia pagi tadi (Jumaat).

datuk red

Nilai tersebut merupakan keuntungan pertama saya menjual kopi. Kalau ikutkan hati, saya mahu guna separuh (bagi membayar hutang) tapi atas dasar tanggungjawab, saya kena berkorban.

Keuntungan tersebut adalah hasil jualan bermula 17 hingga 30 April lalu dan saya nekad tidak akan menggunakan satu sen pun bagi kegunaan sendiri.

Semuanya saya akan guna untuk langsaikan hutang.

Untuk pengetahuan korang, Datuk Red menghasilkan produk kopi ini bersama Dr Samhan, seorang pempengaruh media sosial dan pengamal perubatan.

Ikutkan hanya perlu bayar RM500 sebulan tapi bila nak habis tu?

Kalau ikutkan saya hanya perlu bayar RM500 sebulan sahaja tapi tiga kali mati, hidup semula pun hutang tak akan habis.

Jadi saya sasarkan mahu bayar sekitar RM30,000 ke RM50,000 setiap bulan mengikut keuntungan jualan.

Saya juga ada modal sikit untuk digunakan buat bisnes baru. Duit itulah saya akan guna untuk perbelanjaan harian.

Alhamdulillah, kami pun tumpang gembira tengok Datuk Red terus bersemangat nak bayar hutang. Jadi, sesiapa nak tuntut hutang, Datuk Red pesan untuk berjumpa terus dengan peguamnya yang kemudian akan diuruskan Jabatan Insolvesi.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas