Connect with us

Oh! Media

Sebagai Tanda Penghormatan, TV9 Siar 6 Filem Arahan Allahyarham Mamat Khalid

Oh! Lifestyle

Sebagai Tanda Penghormatan, TV9 Siar 6 Filem Arahan Allahyarham Mamat Khalid

Baru-baru ini, industri tanah air telah dikejutkan dengan pemergian seorang pengarah filem terkenal, Allahyarham Mamat Khalid akibat serangan jantung pada 24 Oktober lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Arwah Mamat Khalid Sempat Buat Persembahan Terakhir Depan Keluarga

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Bin Mohd Khalid terkenal dengan filem-filem komedi seram serta melahirkan pelakon-pelakon berbakat.

Sejak dari itu, masyarakat serta rakan-rakan artis turut menitipkan doa buat arwah selain mengingati segala kebaikan yang pernah dibuat selama ini.

TV9 siar filem arahan Allahyarham Mamat Khalid

Sudah semestinya, filem-filem serta drama yang diterbitkan oleh arwah akan menjadi salah satu kenangan buat tatapan peminat bagi memperingatinya.

Oleh tu, stesen televisyen swasta terestrial nasional di Malaysia, TV9 akan hadir dengan slot tayangan filem dan akan disiarkan tidak lama lagi.

Menerusi enam filem arahan Allahyarham, TV9 akan menyediakan slot Kuasa 3 Malam bermula 26 Oktober hingga 4 November 2021.

Antara filem yang akan ditayangkan termasuklah:

1. Rock (26 Oktober 2021) pada pukul 9.30 malam

2. Rock OO! (29 Oktober 2021) pada pukul 8.30 malam

3. Rock Bro (30 Oktober 2021) pada pukul 8.30 malam

4. Rock 4 : Rockers Never Die (2 November 2021) pada pukul 9.30 malam

5. Lebuhraya Ke Neraka (3 November 2021) pada pukul 9.30 malam

6. Lang Buana (4 November 2021) pada pukul 9.30 malam.

Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini mengenai program di TV9, sila layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas