Connect with us

Oh! Media

Ini Cara Korang Boleh WFH Lebih Produktif, Ramai Masih Tak Tahu

LG Desktop Work From Home

Branded

Ini Cara Korang Boleh WFH Lebih Produktif, Ramai Masih Tak Tahu

Hampir 2 tahun kita bekerja dari rumah, mungkin ada antara kita masih tertanya-tanya dan buntu untuk menyelesaikan kerja di rumah. Tanpa kelengkapan yang sesuai dan praktikal, semestinya kerja-kerja terbantut dan kurang produktif.

LG ada jawapannya

Monitor LG Ergo ada segalanya dengan aspek ergonomis dan fleksibiliti tinggi bagi memanjang, berputar, berpusing selain boleh diubah ketinggian dan kecondongan yang membolehkan kita menyesuaikan kedudukan monitor mengikut keperluan dan keselesaan.

Sesuai untuk konsep minimalis dan memberikan lebih ruang di meja kerja ideal untuk produktiviti dan keselesaan.

LG Ergo

Bukan itu je, ianya juga didatangkan dengan kelebihan LG Onscreen Control. Kemudahan ini dapat menjadikan korang lebih produktif sebab ianya boleh mengawal paparan skrin pada monitor korang. 

Nak split screen boleh, nak kawal monitor LG yang disambungkan pun boleh tau. Macam ni barulah semangat nak buat kerja!

LG Onscreen Control

Monitor LG Ergo ini dicipta untuk content creator, editor gambar dan video, kewangan, perniagaan, gamer PC, console gamer, pereka grafik, programmer dan sebagainya.

Ini 3 Monitor LG Ergo dengan spesifikasi berbeza korang boleh pilih:

UltraFine™ Display Ergo 4k Monitor

Group Discussion

Dengan resolusi UHD 4K, ini bermakna monitor ini memberikan resolusi 4 kali ganda kejelasan Full HD! Apabila menggunakan monitor ini, HDR memberikan pengalaman mengasyikkan, lebih dramatik dengan visual dinamik mengagumkan.

Spektrum warna sehingga DCI-P3 95% menjadikan warna-warna yang terang dan terperinci terpapar pada skrin. Monitor ini juga mampu memaparkan kandungan 4K  pada resolusi asli.

Monitor ini dihubungkan dengan USB Type-C™ yang serasi dengan MacBook dan membolehkan penyaluran 4K kandungan skrin dan data. Boleh juga mengecas MacBook atau peranti.

Monitor LG Ergo

Bagi korang yang sukakan meja kerja yang kemas dan minimalis sentiasa, monitor ini mempunyai Ergo Stand di mana kabel HDMI dan USB boleh dimasukkan ke dalamnya.

Nak pasang Ergo Stand ni pun mudah, hanya satu klik je di belakang frame paparan belakang. Ia juga tidak hanya menyokong meja dengan ciri C-clamp, malah boleh dimasukkan ke dalam lubang kabel pada meja biasa. Mudah je untuk dipasang pada apa juga jenis pejabat.

UltraWide™ Ergo Monitor

LG Ergo Ultra Wide

Skrin UltraWide™ Full HD 21:9 memberikan resolusi skrin 33% lebih besar dari 16:9 resolusi Full HD. Dengan aspek ratio sebegini, lebih mudah untuk membuat banyak kerja dalam satu masa. Dari menulis emel sambil mencari info penting atau membandingkan nombor pada slide pembentangan, segalanya lebih mudah.

Kadang-kadang bila lama sangat menghadap skrin, mesti risau kan mata akan letih? Tapi monitor ini didatangkan dengan cahaya biru diminimumkan untuk membantu mengurangkan keletihan mata. 

Reader Mode menjadikan skrin dengan suhu warna sama dengan kertas untuk pembacaan optimum. Ia juga dilengkapi Flicker Safe-Care untuk penjagaan mata, lebih selesa untuk bekerja lebih lama.

UltraGear™ Ergo Gaming Monitor

LG Ergo UltraGear

Untuk gamer, yang ni paling sesuai untuk korang. Paparan Nano IPS  yang mencapai 1ms GTG TN-level speed dan kadar segar semula ultra-pantas dengan gambaran yang jelas dan terperinci menjadikan pengalaman gaming korang bertambah padu.

Kadar segar semula monitor 114Hz dikombinasikan pula dengan 1ms response rate, main game pun lebih lancar, aksi pun lebih jelas sambil mengurangkan ghosting serta kekaburan.

Boy Play Game

Teknologi segar semula premium NVIDIA yang lancar memberikan pengalaman gaming pada tahap berbeza. Adaptive-Sync (FreeSync™) pula menjadikan setiap sesi gaming lebih lancar apatah lagi untuk game dengan resolusi tinggi dan berkadar laju. Tiada lagi screen tearing atau stuttering.

UltraFine™ Display Ergo 4k Monitor dijual pada tanda harga RM2,520 untuk saiz 27” manakala RM3,527 untuk 32”. UltraWide™ Ergo Monitor pula boleh dimiliki dengan RM2,678. Buat yang tertanya harga bagi UltraGear™ Ergo Gaming Monitor, ianya hanya akan diketahui hujung tahun ni tau, jadi stay tune kemas kini daripada kami.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web LG DI SINI bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci mengenai Monitor LG Ergo atau korang boleh terus dapatkan unit yang korang minat dekat di Shopee ataupun Lazada

BACA: Gabung Teknologi & Penjagaan Kesihatan, Ketahui Bagaimana LG Melindungi Kediaman & Keluarga Tersayang

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas