Connect with us

Oh! Media

Golongan Muda Juga Boleh Hidap Demensia? Ini 8 Gejala Yang Perlu Dibimbangkan

demensia

Oh! Lifestyle

Golongan Muda Juga Boleh Hidap Demensia? Ini 8 Gejala Yang Perlu Dibimbangkan

Penyakit nyanyuk atau dikenali sebagai demensia sering dianggap sebagai penyakit yang hanya akan menyerang orang tua.

ADVERTISEMENT

Tapi korang tahu tak sebenarnya demensia ini boleh ‘menyerang’ orang muda seawal usia 30 tahun?

Gejala awal demensia sering tidak disedari disebabkan kepercayaan yang mengaitkannya dengan usia tua.

Memetik portal Mirror, lebih daripada 70,000 orang di United Kingdom menghidap demensia di antara umur 30 dan 65 tahun.

Antara faktor yang sering dikaitkan adalah seperti kemurungan, tekanan, menopaus, masalah kesihatan fizikal lain atau masalah perhubungan.

Dalam pada itu, pakar di UK berkata adalah penting bagi mereka yang mengalami demensia permulaan ketika muda untuk mendapatkan diagnosis yang tepat secepat mungkin, kerana kelewatan berbuat demikian menyebabkan pesakit tidak mendapat sokongan yang diperlukan.

Malah, simptom demensia terhadap orang muda selalunya bukan kehilangan ingatan, tetapi perubahan dalam keperibadian seseorang, kebolehan mental atau fizikal serta mood.

Demensia

Berikut adalah beberapa gejala utama yang perlu diberi perhatian:

  • Perubahan tingkah laku dan personaliti.
  • Masalah bahasa seperti aphasia, iaitu tidak dapat mencari perkataan yang sesuai.
  • Kemerosotan dalam fungsi sosial, contohnya menjadi kurang bersedia untuk bersosial atau mengekalkan perhubungan.
  • Kelam kabut atau masalah dengan keseimbangan.
  • Perubahan mood contohnya kemurungan atau kebimbangan melampau (anxiety).
  • Kurang konsentrasi.
  • Sukar buat keputusan atau menyelesaikan masalah.
  • Masalah dengan penglihatan dan kesedaran spatial, contohnya kesukaran menilai jarak atau isipadu.

Demensia

Walau bagaimanapun, masih belum terlambat untuk korang mengikut beberapa langkah yang dapat mencegah demensia pada usia muda, iaitu:

  • Olahraga atau menjalani gaya hidup sihat.
  • Meningkatkan penyerapan Vitamin D seperti berjemur atau pengambilan suplemen.
  • Biarkan otak selalu aktif, contohnya selalu membaca atau mempelajari sesuatu perkara baharu.
  • Rehat yang secukupnya, terutama memastikan waktu tidur mencukupi sekitar 6 jam hingga 8 jam.

Demensia

Kredit: mStar l Mirror

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Walaupun kena kecam tapi masih ada netizen yang bagi positif komen untuk Ruhainies. #ruhainies#bajuseksi#christiandior#kecam#netizen#ohtrending#ohmedia

♬ La Bamba – Latin Dance Masters

  • Premium Vector | Mood changes different states of emotions mood swings woman with various feelings vector flat illustration for mental disorder
  • Bipolar Disorder Pictures Cartoons
  • demensia
  • Premium Vector | Mood changes different states of emotions mood swings woman with various feelings vector flat illustration for mental disorder
  • Bipolar Disorder Pictures Cartoons
  • demensia

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas