Oh! Tidak
Mahkamah Arah Syarikat Penyelenggara Jalan Bayar Ganti Rugi RM721,000 Kepada Mangsa
Tiga tahun lalu, seorang lelaki mengelami kecederaan selepas terlanggar jalan berlubang yang tidak diselenggara di Pasir Gudang, Johor Bahru.
Hari ini, Mahkamah Sesyen Johor Bahru memerintahkan syarikat penyelenggara jalan membayar ganti rugi RM721,000.
Keputusan itu dibuat hakim, Sazlina Safie selepas plaintif, Razali @ Mohd Leey Subeh berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Safwa Global Venture (M) Sdn Bhd.
Mangsa Razali berusia 49 tahun itu sebelum ini dalam perjalanan dari Taman Cendana ke Taman Kota Masai pada jam 10 malam. Mangsa yang menunggang motosikal kemudian terlanggar lubang berhampiran Taman Kota Masai dan jatuh.
Beliau memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan dan kerajaan negeri sebagai responden pertama dan kedua, masing-masing atas kecederaan dan kerosakan yang dialaminya akibat kejadian itu.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM