Trending
“Semoga Allah Pertemukan Bahagia Yang Dicari” – Suami Kongsi Foto Kahwin Lagi, Status Irma Hasmie Jadi Tanda Tanya
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga pelakon Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer goyah.
Namun, Irma tidak mengulas lanjut dakwaan itu dan berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik.
BACA: “I Tak Mention Directly” – Status Cetus Persoalan, Irma Hasmie Tak Mahu Komen Isu Cerai
Terbaru, Redza menerusi satu hantaran di Instagram berkongsi berita telah sah berkahwin dengan pilihan hatinya dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.
Dalam foto itu, Redza bersama isteri baru sedondon memakai baju pengantin berwarna putih. Majlis itu turut dihadiri anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Tulisnya, kini dia telah memulakan ‘perjalanan’ baru dan fokusnya adalah kepada keluarga, kerjaya dan masa depan bersama.
Dia berterima kasih di atas doa orang ramai dan berharap Allah SWT memakbulkan doa-doa baik tersebut.
Redza juga berkongsi foto mengikat tali pertunangan dengan Hafiza yang mendapat restu kedua-dua keluarga.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan orang ramai. Ada yang mempersoalkan status Irma Hasmie adakah masih bersama atau pun sudah berpisah.
Kredit: Instagram Redza Syah Azmeer
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM