Connect with us

Oh! Media

Taubat Buat Persiapan Raya ‘Last Minute’, Ini 5 Lokasi Belanja Raya Paling Puas Hati

raya

Oh! Lifestyle

Taubat Buat Persiapan Raya ‘Last Minute’, Ini 5 Lokasi Belanja Raya Paling Puas Hati

Agak-agak tahun ni berulang lagi tak situasi raya terkejut macam tahun 2022, kah! Jadikan apa yang berlaku sebelum ni sebagai pengajaran dan tahun ni jom buat persiapan raya lebih awal.

ADVERTISEMENT

Jadi, ini dia 5 lokasi pilihan Ohmedia sekitar Lembah Klang untuk pastikan korang dapat cari segala kelengkapan raya, tak kiralah baju raya, baju kurung, kuih raya, langsir dan macam-macam lagi, sumuanya ada.

1. Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan Tar)

Jalan Tar memang dah jadi lokasi wajib setiap tahun sebab bila datang sini, rasa macam dah tak perlu fikir nak cari barang tempat lain lagi, kah.

Kalau korang nak tahu, dekat sini ada lebih 216 tapak niaga yang disediakan untuk peniaga seluruh Malaysia. Cakap sahaja nak apa, segala kelengkapan dan pilihan banyak dekat sini. Gerai pakaian dan makanan juga akan dibuka hingga lewat malam untuk memberi peluang kepada pengunjung berbelanja selepas berbuka.

2. Kenanga Wholesale City (KWC), Pudu, Kuala Lumpur

Tak pernah tak penuh Kenanga Mall ni bila dah nak raya. Antara pusat borang yang sangat besar dengan lebih 800 kedai menjulan produk fesyen seperti pakaian, kasut dan aksesori.

Dah nama pun pusat borong, harga mestilah murah berbanding pasaran dan boleh tawar-menawar tau.

3. GM Klang Wholesale City, Klang, Selangor

Satu lagi pusat borong yang berbaloi untuk kita pergi sebab hampir 90% barangan fesyen ada dekat sini.

Konsep gedung dan berbelanja di bawah satu bumbung ni memang sesuai sangat untuk orang yang berkeluarga datang. Nak berbuka terus dekat sini lepas penat berbelanja pun boleh sebab semua kemudahan seperti medan selera dan surau turut disediakan.

4. Kompleks PKNS, Shah Alam

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Shah Alam, Kompleks PKNS Shah Alam sudah pasti menjadi pilihan. Walaupun bukan bulan raya, kompleks ni memang sudah menjadi tumpuan ribuan pengunjung setiap hujung minggu.

Kalau korang nak tahu, kompleks ini adalah pusat beli-belas pertama di Shah Alam dan banyak pilihan ada di sini. Bukan hanya butik fesyen tapi barangan elektronik, perabot semuanya ada.

5. SACC Mall, Shah Alam

Terletak di Pusat Bandar Shah Alam, SACC Mall ialah pusat beli-belah yang mesti dikunjungi oleh pembeli. Sepanjang tahun, acara dan promosi menarik dirancang untuk meraikan setiap perayaan utama.

Semua tempat ni ramai orang, pastikan diri dilindungi…

Dalam keterujaan membuat persiapan berhari raya bersama keluarga, penting juga untuk kita menjaga kebersihan diri ketika berada di luar rumah.

Jangan lupa untuk melindungi diri korang dan keluarga daripada bakteria dengan Krim Mandian Antibakteria Safi yang membasmi 99.9% kuman. Barulah confident nak cari makanan favourite korang dekat bazar nanti!

Kekal terlindung ketika membeli juadah berbuka! #SafiMalaysia #SAFIShower

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas