Connect with us

Oh! Media

Nurul Shuhada Buat Laporan Polis Selepas Didakwa Ajak Suami Orang Keluar Minum Kopi

nurul shuhada

Oh! Artis

Nurul Shuhada Buat Laporan Polis Selepas Didakwa Ajak Suami Orang Keluar Minum Kopi

Tak semua perkara yang tersebar di media sosial boleh dipercayai. Terbaru, bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada didakwa keluar minum bersama suami orang.

ADVERTISEMENT

Shuhada dalam pada itu mengakui banyak fitnah yang tersebar berkait dirinya di media sosial.

Disebabkan itu, atas nasihat peguam, Shuhada buat laporan polis kerana segala fitnah yang disebarkan telah mencemarkan nama baiknya.

Nurul Shuhada pelik semakin banyak akaun palsu burukkan dirinya…

Tiba-tiba sahaja banyak akaun palsu di media sosial datang menyerang Instagram saya. Mereka hina dan maki selain ada mempersendakan agama.

Paling teruk ada cakap saya pernah ajak suami orang minum kopi bersama.

Shuhada turut berkongsi laporan polis itu di Instagram dan berhasrat mahu mendedahkan dalang di sebalik penyebar fitnah ini.

Pihak SKMM akan buka kertas siasatan…

Rasanya dalang di sebalik penyebaran ini adalah orang yang kenal saya sebab dia tahun semua tentang saya. Kalau tiada kaitan, tidak mungkin dia boleh tahu maklumat terperinci. Seolah-olah dia tahu pergerakan saya.

Dalam pada itu, Shuhada turut meluahkan rasa syukur kerana pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah hubungi dan akan membuka kertas siasatan.

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Shuhada agar segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas