Connect with us

Oh! Media

Sarah Yasmine Sedia Terima Lamaran Aliff Aziz

Oh! Artis

Sarah Yasmine Sedia Terima Lamaran Aliff Aziz

Nama pempengaruh, Sarah Yasmine sekali lagi menjadi perbualan hangat apabila mengeluarkan kenyataan dia boleh menerima sekiranya Aliff Aziz mengajaknya berkahwin.

ADVERTISEMENT

Walaupun dilabel sebagai penyondol, tidak bermaruah dan sengaja mencari publisiti, semua panggilan itu sedikit pun tidak membuatkan Sarah terkesan.

BACA: Sarah Yasmine Yakin Aliff Aziz Akan Berubah Sebab Rajin Solat

Menurut laporan Astro Gempak, wanita itu berkata dia percaya dengan jodoh Allah dan akan menerima Aliff sekiranya dia sudah berubah.

Tambahnya, dia juga tidak kisah jika Aliff mahu berkahwin dengan orang lain kerana dia tidak mahu memaksa pilihan orang.

Saya tidak mahu paksa dia suka saya atau berkahwin dengan saya.

Saya juga tidak benci orang lama. Saya cuma tidak boleh ditipu banyak kali.

Dia juga mendedahkan Aliff pernah tinggal bersamanya dan pada malam insiden tangkap khalwat dia sepatutnya bertemu dengan pelakon itu.

Apabila bangun saya terkejut sebab keluar berita dia ditangkap khalwat sedangkan waktu itu dia sudah panggil saya kekasih.

Apabila ditanya pendapat Sarah tentang perangai Aliff, dia menegaskan pelakon itu memerlukan bantuan professional untuk mengubahnya.

Aliff ada kekurangan tapi dia orang yang baik sebagai manusia biasa.

Dia juga tidak bersikap terlalu bermulut manis dengan saya.

Wanita ini juga menjelaskan dia mengenali Aliff secara peribadi dan mengetahui banyak lagi skandal yang Bella tidak tahu.

Sarah sempat memberi amaran sekiranya ada orang yang keluarkan berita palsu, dia akan mengeluarkan bukti lain yang disimpan.

Buat masa sekarang ini wanita itu berkata dia hanya mahu kembali ke pangkuan anak-anaknya.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas