Oh! Artis
“Diamkan Tidak Perlu Dibalas” – Ruhainies Kembali Kongsi Kata-Kata Positif
Boleh dikatakan setiap hari akan ada sahaja cerita tentang pelakon wanita sensai, Nur Ruhainies. Seakan sudah menerima apa sahaja yang berlaku, Ruhainies dilihat kembali tenang dan berkongsi kata-kata positif di laman sosialnya.
Meninjau pada hantaran terbaru di Instagram Strory, Ruhainies berkongsi kata-kata daripada Syabib bin Syaibah rahimahullah yang bercakap soal mereka yang mendengar perkara yang dibenci.
“Diamkan tidak perlu dibalas”…
Siapa yang mendengar sebuah ucapan yang dia benci lalu diam tidak membalas, maka terputuslah darinya apa yang dia benci tersebut namun jika dia membalasnya maka dia akan mendengar lebih banyak lagi hal-hal yang dia benti.

Dalam pada itu, Ruhainies turut meluahkan rasa syukur kerana ramai yang memberikannya cadangan yang positif. Ruhainies turut menunjukkan tangkap layar jumlah pengikut yang melihat setiap hantaran Instagram Story iaitu lebih 700,000 orang.
Alhamdulillah, Anis terharu sangat dengan feedback dan cadangan yang tak henti masuk. InsyaAllah nanti ada kelapangan Anis akan go thru semua feedback okay. Sayang korang LUSM.

Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM