Connect with us

Oh! Media

Watsons Berkolaborasi Dengan BilaBila Mart, Lebih Dekat Dengan Pengguna

Oh! Lifestyle

Watsons Berkolaborasi Dengan BilaBila Mart, Lebih Dekat Dengan Pengguna

Baru-baru ini, Watsons Brand mengumumkan kerjasama mereka bersama ‘kedai runcit’ moden Malaysia, BilaBila Mart dalam satu majlis yang diadakan di rangkaian Empire City Damansara.

ADVERTISEMENT

BilaBila Mart merupakan francais kedai runcit yang tersedia hampir di 30 lokasi yang terletak di kawasan perumahan seperti kondominium dan kampus universiti. Menjadikannya pilihan revolusioner bagi Watsons Brand.

Dibuka di 10 lokasi BilaBila Mart

Kini barangan keperluan harian yang didapati di Watsons boleh dibeli terus di BilaBila Mart yang terpilih.

“Kerjasama ideal ini memberi BilaBila Mart akses mudah kepada produk berkualiti tinggi Watsons Brand dengan harga yang berpatutan yang merangkumi kategori kesihatan, kecantikan, penjagaan diri, dan gaya hidup. Ia berfungsi sebagai platform ideal bagi Watsons Brand untuk memperluas jangkauan dan meraih peluang jualan baru,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan, Watsons Malaysia.

Menurut Lee Hui Jing, pengasas bersama BilaBila Mart, mereka amat berbesar hati dan bersemangat dengan kerjasama ini serta yakin pelanggan setia BilaBilaMart mendapat manfaat besar.

Untuk pengetahuan Watsons Brand kini tersedia di 10 lokasi BilaBila Mart di Lembah Klang dan akan diperluas ke lebih banyak kedai dalam masa yang terdekat bagi menawarkan pelanggan dalam segmen ini pilihan yang lebih luas.

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Justin Tan Hai Liang, Lee Hui Jing & Paramjit Singh, pengasas bersama BilaBila Mart, Danny Hoh, Pengurus Besar Pemasaran & Pertumbuhan Pelanggan di Watsons Malaysia, Foo Hwei Jiek, Ketua Perdagangan dan Lim Aik Hoe, Pengarah Urusan EXSIM.

Maklumat lanjut tentang Watsons Brand, layari https://bit.ly/3E655QP.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas