Connect with us

Oh! Media

Ini 6 Tip Boleh Anda Ikuti Untuk Elak Gaji Cepat Habis Tengah Bulan

Ohmedia  Gaji

Oh! Lifestyle

Ini 6 Tip Boleh Anda Ikuti Untuk Elak Gaji Cepat Habis Tengah Bulan

Korang mesti ada masalah apabila baru masuk pertengahan bulan tapi duit gaji sudah semakin ‘kering’, betul tak?

Malah, bagi yang sudah berkeluarga dan menetap di ibu kota, pastinya perit untuk menunggu sehingga gaji seterusnya masuk.

Bukan itu sahaja, ada juga waktu dimana sampai terpaksa melakukan catuan makanan, malah ada juga bil utiliti yang tertunggak.

IKLAN

Ada pelbagai punca yang boleh dikaitkan dengan situasi ini, antaranya sikap boros ataupun kurangnya ilmu mengenai pengurusan kewangan.

Gaji

Kali ini kami akan kongsikan tip untuk mengatasi masalah ini supaya korang tidak dibebani dengan duit gaji yang semakin kurang.

Apabila gaji masuk, selesaikan semua perbelanjaan keperluan asas terlebih dahulu seperti:

  • Sewa rumah
  • Pinjaman kereta
  • Insurans
  • Pinjaman belajar
  • Wang belanja ibu bapa
  • Barangan keperluan isi rumah
  • Bil telefon, bil air, bil elektrik dan lain-lain

Gaji

Bijak uruskan kewangan

Korang perlu berbelanja apabila perlu sahaja. Baki pendapatan selepas asingkan komitmen perlulah digunakan secara bijak seperti membuat simpanan atau pelaburan.

Wajib belajar ilmu pengurusan kewangan

Korang perlu belajar membezakan antara keperluan dan kehendak, membuat simpanan di awal bulan bukan di akhir bulan.

Sentiasa kreatif untuk menambah sumber pendapatan keluarga

Bagi korang yang  mempunyai kemahiran tertentu, boleh manfaatkannya untuk menambah sumber pendapatan.

Contohnya, membuat kek atau biskut, menyediakan khidmat rekaan kad kahwin dan sebagainya.

Bersedekah setiap hari walaupun sedikit

Korang bolehlah bersedekah walaupun sedikit, asalkan istiqamah. Percaya mengenai konsep sedekah, sekiranya kita memberi, pasti akan ada ganjarannya.

Gaji

Sedekahlah kepada orang terdekat seperti ibu bapa, adik beradik, ipar duai, jiran dan lain-lain.

Muhasabah diri

Sekiranya sudah mencuba pelbagai cara yang disarankan namun masih berdepan dengan ‘defisit’ setiap bulan, mungkin tiba masanya untuk meneliti aspek kerohanian.

Perbaiki hubungan dengan Pencipta, ibu bapa, pasangan dan orang sekeliling.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • 579f6d901200007404a547c8
  • How to get a divorce with no money
  • Charity 810x476 1
  • Ohmedia  Gaji
  • 579f6d901200007404a547c8
  • How to get a divorce with no money
  • Charity 810x476 1
  • Ohmedia  Gaji

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas