Connect with us

Oh! Media

Selalu Sakit Dada Belah Kiri? Ini 5 Tanda Anda Mungkin Hidap Penyakit Kronik

Ohmedia  Tanda

Oh! Lifestyle

Selalu Sakit Dada Belah Kiri? Ini 5 Tanda Anda Mungkin Hidap Penyakit Kronik

Dengan kesibukan jadual harian, manusia lupa untuk menjaga kesihatan diri dan ramai orang memandang ringan tentang perkara ini.

Malah, kesihatan diri adalah satu nikmat dan anugerah yang sangat berharga daripada harta benda yang kita miliki.

Kebiasaanya, manusia hanya mula menyedari betapa berharganya kesihatan apabila sudah jatuh sakit.

IKLAN

Dalam pada itu, manusia perlu mengambil tahu lima tanda-tanda atau simptom menunjukkan nyawa korang dalam bahaya.

Perkara itu dikongsikan pakar kesihatan dan kecantikan, Dr Preeyaa menerusi akaun TikTok miliknya.

  1. Kesakitan di dada yang tidak pernah dialami sebelum ini terutama di bahagian kiri.
  2. Rasa penat dan sakit dada secara tiba-tiba dan kesakitan dialami berlarutan.
  3. Berpeluh walaupun dalam suasana atau keadaan sejuk.
  4. Badan terlalu letih dan tidak bermaya yang tidak normal.
  5. Bacaan atas tekanan darah melebihi 180 (tahap normal).

Menurut Dr Preeya, jika seseorang itu mengalami 5 tanda- tanda berkenaan, korang dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor.

Tanda

Kegagalan menjaga kesihatan diri boleh diatasi dengan mengubah cara hidup kepada lebih sihat dan mengamalkan corak pemakanan yang betul.

Adalah lebih baik sekiranya perkara tidak diingini dicegah lebih awal sebelum memudaratkan kesihatan.

BACA: Selalu Sakit Bila Duduk Dekat Rumah, Anda Mungkin Hidap ‘Sick Building Syndrome’

Sebelum ini kami ada kongsikan beberapa tanda yang mungkin korang alami jika kerap duduk di dalam rumah.

Kredit: TikTok Dr Preeya

+ Baca respon oembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Ohmedia  Tanda
  • Patient with iv line 3845126
  • Ohmedia  Tanda
  • Patient with iv line 3845126

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas