Connect with us

Oh! Media

Jurulatih Kebangsaan Nikmati Gaji, Imbuhan Baru – MSN

Kementerian Belia Sukan

Oh! Lifestyle

Jurulatih Kebangsaan Nikmati Gaji, Imbuhan Baru – MSN

Baru-baru ini, jurulatih kebangsaan menerima berita gembira setelah Menteri Belia & Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh mengumumkan penyelarasan gaji & imbuhan 

ADVERTISEMENT

bagi Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan (SPJK). 

Jurulatih yang berkhidmat sepenuh masa bagi Program Podium dan Pelapis Kebangsaan bakal menikmati kenaikan berdasarkan tahap kelayakan yang ditetapkan mengikut Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan dan juga tempoh pengalaman.

Jurulatih Yang Diperakui Bakal Menikmati Kenaikkan Sehingga RM5,900 

Kenaikan gaji tertinggi dapat dinikmati oleh jurulatih yang memegang Sijil SPKK Tahap 3, iaitu kelayakan tertinggi yang diperakui Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK).

Mereka akan menikmati kenaikan gaji bermula RM4,500 sehingga RM5,900 sebulan mengikut penyelarasan yang telah diluluskan.  

Gaji Tambahan Sehingga RM3,500 Bagi Bekas Atlet 

Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai bekas atlet negara menyertai sebagai jurulatih kebangsaan, imbuhan gaji tambahan juga turut ditawarkan bagi mereka yang mempunyai pencapaian terbaik ketika masih berkhidmat. 

Mereka yang memiliki pencapaian pingat di temasya Sukan Olimpik ataupun Paralimpik bakal menerima gaji tambahan sehingga RM3,500.

Manakala, bagi atlet yang memiliki pencapaian pingat di Kejohanan Dunia pula bakal menikmati imbuhan gaji sebanyak RM3,000. 

Elaun Khas Berjumlah RM600 Telah Diluluskan 

Selain kenaikan gaji, elaun khas bagi semua jurulatih Program Podium dan Pelapis Kebangsaan berjumlah RM600 juga telah diluluskan kecuali bagi jurulatih pinjaman ataupun pelepasan oleh majikan. 

Elaun bagi jurulatih separuh masa juga dinaikkan mengikut kelayakan SPKK yang ditetapkan. 

Penyelarasan ini diluluskan sebagai penambahbaikan yang dilakukan bagi kadar sedia ada yang disemak terakhir kalinya pada tahun 2014.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas