Connect with us

Oh! Media

Yonny Boii Putar Balik Masa Dalam “Dilamun”?

Oh! Youtube

Yonny Boii Putar Balik Masa Dalam “Dilamun”?

Lagu “Dilamun” yang merupakan salah satu lagu daripada 12 lagu di dalam Album terbaru “Persona” yang dilancarkan pada 22 September 2023. Lirik dan Musik lagu ini dikarang sendiri olehnya. Yonnyboii berkata mengenai inspirasi pembikinan lagu “Dilamun”, ianya didedikasikan kepada isterinya yang tercinta yang mana pada ketika lagu ini dalam pembikinan, Nik Nazira sedang sarat mengandung cahaya mata mereka yang pertama. 

ADVERTISEMENT

‘Dilamun’ menceritakan bagaimana Yonnyboii masih ‘mengelamun’ tentang cinta Yonnyboii terhadap isterinya. Alunan musik genre balada menjadi pilihan Yonnyboii dalam membikin lagu ini dilihat sangat sempurna ketika dimainkan dengan liriknya yang berisi kata syukur oleh Yonnyboii terhadap pertemuan cinta terakhirnya. Di dalam musik video tersebut turut menampilkan rakan-rakan karibnya yang sentiasa ada dalam hidupnya ketika susah dan senang.

Yonnyboii yang lebih dikenali sebagai penyanyi genre ‘HipHop’ memutuskan untuk menggunakan musik genre balada untuk ‘Dilamun’ kerana mahukan kelainan buat album terbarunya, “Persona”. Rata-rata komen penonton di musik video ‘Dilamun’ memberikan pujian terhadap Yonnyboii kerana percubaannya menjadi. Ini sudah tidak asing lagi dengan individu bernama Yonnyboii kerana ketika beliau baru-baru memasuki industri, Yonnyboii membawakan lagu dan musik yang dilihat masih segar di dalam industri musik Malaysia dan Yonnyboii juga sudahpun dicalonkan beberapa kali untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan menjadi peserta untuk Anugerah Juara Lagu. 

Kredit: Afiq | [email protected]

Lagi dalam kategori Oh! Youtube

Ke Atas