Connect with us

Oh! Media

Kereta Elektrik Ke Kereta Petrol? Mana Satu Eh?

Oh! Youtube

Kereta Elektrik Ke Kereta Petrol? Mana Satu Eh?

Korang semua mesti pening kan nak pilih kereta elektrik atau petrol? Lagi-lagi pada zaman yang berteknologi sekarang. Tak kira la kereta elektrik atau petrol, kedua-dua nya ada kelebihan dan kekurangan. Bergantung kepada pilihan citarasa korang sendiri dan mengikut kemampuan masing-masing. 

ADVERTISEMENT

BMW i3, Nissan Leaf dan Renault Zoe antara beberapa model kereta elektrik yang tersedia  di Malaysia. Ada juga model elektrik hibrid seperti Toyota Prius dan Honda Insight. Bagaimanapun, Tesla menjadi pilihan orang ramai pada masa kini. 

Bagi kereta petrol pula ramai yang lebih suka kereta jimat minyak seperti Perodua Bezza, Axia atau Myvi. Tapi, ramai rakyat Malaysia lebih suka memilih kereta petrol kerana mudah dan sudah terbiasa serta kos yang murah bagi mereka. 

Ada juga berpendapat yang kereta elektrik ni lebih jimat dan mesra alam sebenarnya  kerana hanya perlu mengecas dan tak perlu susah payah untuk isi minyak tiap-tiap hari. Ya benar, tapi ia juga bergantung kepada jarak perjalanan atau kawasan yang dituju. Tak semua kawasan ada stesen pengecas lagi-lagi di kawasan luar bandar. Menurut syarat garis panduan kementerian pelaburan, perdagangan dan industri (MITI),  kereta elektrik perlu dijual tidak lebih dari RM100,000. Buat masa sekarang pun, kereta elektrik ni terlalu mahal walaupun kerajaan dah tawarkan insentif pengecualian cukai. 

Penggunaan kereta petrol ni lebih banyak dipilih sebabnya dah banyak stesen bahan api bukan di negara kita jer malah di seluruh negara. Jadi, mudah lah kita nak isi minyak di mana-mana. Walaupun kadang-kadang tu harga bahan api ada turun dan naik, tapi itu semua bergantung kepada keadaan ekonomi kan? Kos permulaan kereta petrol pun agak rendah cumanya untuk jangka masa panjang tu kos dia agak tinggi sebab nak kena bayar untuk kos servis penyelenggaraan tiap bulan. 

Tapi, untuk 10 tahun akan datang penggunaan kereta elektrik akan lebih maju kerana wujudnya stesen pengecas yang lebih banyak setanding dengan peredaraan masa. Kereta elektrik atau petrol ke ia bergantung kepada keutamaan dan keputusan anda. Sama ada untuk jimat kos atau untuk keselesaan? Korang rasa apa pilihan korang ? Elektrik atau petrol?

Kredit: Sabrina | [email protected]

Lagi dalam kategori Oh! Youtube

Ke Atas