Oh! Artis
“Petiklah Nama AA Je” – Iqram Dinzly Nasihat Sarah Yasmine Berhenti ‘Spill The Tea’
Pelakon Iqram Dinzly menasihati wanita Singapura iaitu Sarah Yasmine supaya berhenti mendedahkan aib orang lain.
BACA: Berang Digelar Sebagai Peminat, Sarah Yasmine Dedah Meerqeen Curang Siap ‘Check In’ Hotel
Menerusi hantaran di Instagram Story, Iqram berkata, dia pernah berjumpa dengan Sarah sekali dan mengakui wanita itu seorang yang baik.
Tetapi, apa yang dilakukannya sekarang sehingga melibatkan nama Meerqeen, Anna Jobling dan Sophia Albarakbah perlu dihentikan.

Dia tidak tahu apa agenda sebenar Sarah Yasmine namun percaya ianya akan berbalik kepada diri sendiri suatu hari nanti.
I doakan you yang baik-baik di bawah lindungan redha dan rahmat Allah serta kesihatan yang baik. Sayang babe, lagi banyak you reveal lagi orang nampak kelemahan you sebenarnya.
Jelas Iqram lagi, dia tidak mahu isu ini mengganggu hubungan silaturahim antara Singapura dan Malaysia.

Setakat ini, rakyat Malaysia menyambut baik kehadiran artis Singapura untuk mencari rezeki di Malaysia, begitu juga sebaliknya.
Katanya lagi, orang-orang di Malaysia tidak terbuka seperti orang-orang Singapura di mana aib seperti maksiat dan zina sebaik-baiknya ditutup rapat.

Mengenai rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz pula, Iqram berpendapat biarlah ianya diselesaikan di mahkamah sahaja.
Dan jika Sarah mahu bercerita, petiklah nama Aliff Aziz kerana dia sebenarnya terlebih dahulu membuat onar dan mensia-siakan peluang yang diberi.
Menghargai nasihat yang diberikan, Sarah dilihat berterima kasih kepada Iqram Dinzly.
Kredit: Instagram Iqram Dinzly
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM