Oh! Artis
Ubai Bengang Bekas Suami Putus Bagi Nafkah Anak Kandung Dengan Alasan Tak Masuk Akal
Suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai meluahkan rasa tidak puas hati dengan seseorang kerana tidak memberikan nafkah kepada anak bekas isteri lelaki itu.
Tanggungjawab anak tiri jatuh kepada suami baru?
Ubai meluahkan perkara itu dalam satu perkongsian di aplikasi X di mana sepatutnya nafkah sebanyak RM350 sebulan itu diberikan bapa kandung. Bagaimanapun, alasan bekas isteri sudah berkahwin dengan suami baru diberikan.
Nafkah anak tak bagi walaupun RM350 dengan alasan sebab ex dah kahwin. So, tanggungjawab anak dah pindah ke suaminya. (Wtf).
Bila suami ex bagi nafkah kat anak kau, kau cakap tu semua duit ex kau, bukan duit suaminya. Sebab suaminya tak kaya. Hahahahahahaha, biawak hidup ni kang.

Tidak cukup dengan itu, Ubai turut mendedahkan lelaki itu langsung tidak pernah membelikan apa-apa keperluan anak kandungnya sejak berpisah.

Ubai bagaimanapun tidak mendedahkan secara terbuka siapakah lelaki yang dimaksudkannya.
Kredit: Aplikasi X
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
