Connect with us

Oh! Media

Pusat Pengumpulan Kertas Undi Di Gombak Alami ‘Blackout’, Sumber Maklumkan Kipas Pusing Lampu Padam

gombak

Oh! Politik

Pusat Pengumpulan Kertas Undi Di Gombak Alami ‘Blackout’, Sumber Maklumkan Kipas Pusing Lampu Padam

Sebentar tadi, berlaku gangguan bekalan elektrik di salah satu pusat kiraan kertas undi di Gombak. Kejadian itu disahkan pihak Tenaha Nasional Berhad (TNB) dan hasil siasatan ia berlaku di Kolej Vokasional Gombak (SM Teknik, Gombak).

ADVERTISEMENT

Hasil siasatan TNB, mereka dapati berlaku gangguan elektrik akibat dari kerosakan dalaman di pihak pengguna dan disahkan pihak SPR.

TNB turut mengesahkan bekalan tenaga adalah baik dan teratur.

Kipas masih berfungsi tapi lampu padam

Bagaimanapun, melihat pula perkongsian seorang pengguna Facebook yang ada di lokasi mendakwa kipas di dalam dewan berkenaan masih hidup dan hanya lampu tengah yang terpadam.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Politik

30 Hari Paling Trending

Ke Atas