Connect with us

Oh! Media

Pengusaha Kem PLKN Tuntut Kerajaan Bayar Pampasan RM224 Juta, Dakwa Jadi Punca Jatuh Muflis

kem plkn

Oh! Negara

Pengusaha Kem PLKN Tuntut Kerajaan Bayar Pampasan RM224 Juta, Dakwa Jadi Punca Jatuh Muflis

Tidak dinafikan semenjak kerajaan buat keputusan untuk menghentikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), banyak pihak yang terkesan termasuklah jurulatih kontrak yang diberhentikan secara tiba-tiba.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, masalah mereka sudahpun selesai dan sekarang timbul pula masalah baru.

Kali ini, pihak pengusaha kem PLKN pula bersuara di mana kini mereka dibebani hutang jutaan ringgit sehingga diisytihar muflis kerana tidak mampu membayar pinjaman bank yang dipinjam ketika membina fasiliti kem PLKN.

kem plkn

Ada juga pengusaha yang menuntut pihak kerajaan membayar pampasan sebanyak RM224 juta untuk masalah ini.

Presiden Persatuan Kebajikan Bekas-bekas Pengusaha Kem PLKN, Mohd Rawi Mohd Arof, berkata tuntutan itu membabitkan bayaran sewaan selama 27 bulan bagi siri program yang sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh kontrak.

kem plkn

Perkara ini kita bincangkan pada mesyuarat persatuan Julai lalu selepas pelbagai usaha rundingan dengan kerajaan gagal mencapai penyelesaian. Kumpulan pertama sudah selesai memfailkan tuntutan melalui firma guaman yang dilantik baru-baru ini dan tuntutan selebihnya akan difailkan dalam masa terdekat.

Jumlah tuntutan itu adalah baki daripada kontrak empat tahun atau 48 bulan yang diberikan kerajaan kepada pengusaha bagi tempoh 2017 hingga 2020 sebelum PLKN dimansuhkan pada Ogos 2018. Kontrak sudah berjalan 21 bulan, maka kita tuntut bayaran sewa untuk baki 27 bulan dalam tempoh kontrak.

Tuntutan pampasan ini adalah jalan terakhir yang mampu dilakukan pengusaha selepas pelbagai perbincangan dilakukan bersama kerajaan sejak tahun 2018.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas