Connect with us

Oh! Media

TNB Dengan Yakin Kata Bekalan Elektrik Sepanjang Proses PRN Akan Stabil

Spr pru tnb ohmedia

Oh! Negara

TNB Dengan Yakin Kata Bekalan Elektrik Sepanjang Proses PRN Akan Stabil

Esok, 12 Ogos 2023 akan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk baki enam buah negeri lagi. Seperti biasa, selain dari berkempen, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga perlu bersedia dalam memastikan tenaga elektrik stabil dan tidak berlaku sebarang masalah di tempat mengundi serta tempat kiraan kertas undi.

Jom lihat perkembangan terkini jumlah kerusi PRN di enam buah negeri di SINI. #PRN2023

Disebabkan itu, pihak TNB dalam satu kenyataan memberikan jaminan bekalan elektrik di 3,214 pusat mengundi dan 180 pusat penjumlahan rasmi undi berada dalam keadaan stabil.

IKLAN

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian, Wan Nazmy Wan Mahmood di mana pihak mereka telah menyediakan lebih 2,500 anggota kerja TNB yang berada dalam keadaan bersedia di bilik gerakan operasi ketika proses pengundian.

Tnb

TNB juga menyediakan lebih 198 lori jana kuasa bergerak dan 144 set janakuasa mudah alih untuk memastikan bekalan tenaga cukup dan tidak terputus.

Semua pihak juga diberikan peringatan untuk tidak melakukan sebarang kerja-kerja pengorekan tanah kerana tidak mahu perkara tidak diingini berlaku.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas