Connect with us

Oh! Media

PU Syed Tegur Menteri Besar Kedah Nyanyi Lagu Raya Atas Pentas Dengan Penari

pusyed sanusi menteri besar kedah ohmedia

Oh! Negara

PU Syed Tegur Menteri Besar Kedah Nyanyi Lagu Raya Atas Pentas Dengan Penari

Pencetus Ummah, PU Syed Mohd Bakri memang selalu menegur siapa sahaja yang dirasakannya melanggar hukum agama Islam. Kali ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga tidak terlepas dari ditegur.

BACA: PU Syed Akhirnya Bersuara Isu Rosyam Nor Tentang Keperluan Rumah ‘Ayam’

PU Syed membuat teguran itu selepas tersebar video menunjukkan Sanusi berada di atas pentas dan menyanyikan lagu raya bersama beberapa orang penari kanak-kanak perempuan.

IKLAN

Tindakan Sanusi itu disifatkan PU Syed sebagai tidak wajar kerana MB membawa imej seorang pemimpin parti PAS.

“Adakah kalian nak buat pembaharuan dan menyalahi kepimpinan ulama?” – Soal PU Syed.

Jika ini adalah MB Kedah. Ambe nak kabo kepadanya wahai YAB DS MB. Cukup-cukuplah menyanyi, banyak perkara lain yang DS MB boleh buat selain menyanyi. Kali ini video yang tersebar disertakan tarian di belakang MB. Ianya sangat tak bagus!

Ambe sangat tak setuju pemimpin PAS menunjukkan contoh sebegini kepada khalayak ramai atas alasan berhibur dan menghiburkan.

Dalam pada itu, PU Syed turut menyeru para ulama Kedah untuk menegur secara tegas apa yang dilakukan Sanusi supaya pihak lawan tidak menggunakan isu sebegini sebagai bahan politik untuk menjatuhkan parti.

Tegur tanda sayang. Tapi kalau kerap sangat ditegur tapi masih tak dengar, ambe harap digantikan MB yang baru bagi menggantikannya. Jagalah himmah sebagai pemimpin gerakan Islam.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas