Connect with us

Oh! Media

Sultan Selangor Bertitah, Ingatkan Ahli Politik Untuk Tidak Bersikap Biadap Dan Perlekeh Sesiapa

sultan selangor

Oh! Negara

Sultan Selangor Bertitah, Ingatkan Ahli Politik Untuk Tidak Bersikap Biadap Dan Perlekeh Sesiapa

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pada 21 Ogos 2023 di Istana Alam Shah, Klang, Selangor supaya semua pemimpin politik berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan.

ADVERTISEMENT

Sultan Sharafuddin turut mengingatkan sesetengah pemimpin untuk tidak menjadikan populariti di kalangan rakyat sebagai lesen untuk bertindak sesuka hati dan mem perlekehkan sesiapa.

Sikap biadab mereka ini telah melangkaui batas-batas dan nilai keperibadian orang Islam dan Melayu yang sering dipelihara.

Ingatlah – jangan kerana kita menyangka bahawa kita cukup popular di kalangan rakyat sehingga bertindak memperlekehkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan fahaman politik masing-masing, malah sanggup pula hadir ke negeri Selangor dengan melemparkan cacian melampaui batas.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut memberi pesanan kepada ahli-ahli politik yang datang berkunjung ke negeri orang untuk menjaga tingkah laku sebagai seseorang berbangsa Melayu yang beragama Islam.

Kemana hilangnya budi bahasa? Ini bukan budaya kita khususnya orang Melayu untuk menghina sesiapa pun khususnya di khalayak ramai. Perliharalah adat adab dan susila kita apatah lagi apabila kita bertandang ke negeri atau rumah orang.

Diharapkan dengan pesanan Sultan Selangor ini dapat memberikan perubahan dalam budaya politik negara kita. Ini bagi memastikan negara terus aman, makmur dan harmoni di kalangan masyarakat.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas