Connect with us

Oh! Media

Staf ‘Gomen’ Dapat Bonus RM2,000, Bayar Sekali Gus Akhir Februari 2024

Bonus

Oh! Negara

Staf ‘Gomen’ Dapat Bonus RM2,000, Bayar Sekali Gus Akhir Februari 2024

Tak melupakan jasa penjawat awam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbentangan Belanjawan 2024 mengumumkan insentif sebanyak RM2,000 kepada semua kakitangan gred 56 dan ke bawah.

BACA: Akhirnya Anwar Ibrahim Umum Akaun Fleksibel KWSP, Boleh Akses Pada Bila-Bila Masa

Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu termasuk untuk lantikan kontrak.

IKLAN

Manakala RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Insentif
Sumber Astro Awani

Umum Perdana Menteri lagi, semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen juga mendapat RM1,000.

Bayaran insentif ini akan dibuat sekaligus pada akhir Februari 2024 sebagai persediaan untuk sekolah anak-anak serta untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal.

Bukan itu jer tau, kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan bayaran pakaian menghadiri upacara rasmi iaitu pakaian batik Malaysia untuk kakitangan yang layak.

Yang lagi best, kerajaan kini sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam. Rasanya kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012 kan? Hasil semakan akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Kredit: Kosmo! | Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas