Oh! Gear
Proton Dan Perodua Bakal Pasarkan Kereta EV Menjelang Tahun 2025
Oleh
Timbalan Menteri MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) menyatakan di Parlimen berkenaan kerajaan telah berbincang dengan dua pengeluar kenderaan nasional untuk mengeluarkan kereta elektrik masing-masing menjelang 2025.
Dua pengeluar kenderaan nasional yang terbesar di Malaysia merupakan syarikat Proton dan Perodua. Wow, Proton pun nak keluarkan kereta elektrik!
Pendekatan ini akan dijangka dapat hadir dengan kenderaan elektrik pada harga lebih kompetitif berbanding pada hari ini.

Kenyataan terbaru ini adalah selari dengan apa yang pernah dikongsikan Proton mengatakan mereka ingin hadir dengan kereta elektrik seawal 2025.
Dalam pada itu, Proton melalui PRO-NET akan menjual kereta elektrik di Malaysia bermula dengan Smart #1, manakala Perodua pula, sebelum ini mereka telah memperlihatkan kereta konsep elektrik.
Dengan sasaran dua tahun lagi, mungkin kita bakal melihat kedua-dua syarikat akan mempercepatkan lagi pembangunan dan penghasilan kereta elektrik masing-masing.
Mungkin dengan pengenalan kereta elektrik oleh kedua-dua pengeluar kereta nasional ini dapat mengubah ekosistem kereta elektrik di Malaysia.
Rebet kereta EV dilihat hanya untuk orang kaya sebab EV mahal. Bagaimana pula EV mampu milik?
— Syahredzan Johan (@syahredzan) November 16, 2023
Sedutan perbahasan Belanjawan 2024 saya di peringkat jawatankuasa bagi MITI, serta jawapan penggulungan daripada Timbalan Menteri.#DemiBangi #parlimenmalaysia pic.twitter.com/xooaiBjMdI
Sebelum ini, kerajaan pernah berbincang mengenai dasar menamatkan hayat kenderaan lama di Malaysia dan mula menyarankan rakyat untuk mula beralih kepada pemilikan kenderaan elektrik (EV).
BACA: Dasar Lupus Kenderaan Lama, Tingkatkan Penggunaan Kenderaan EV Bakal Susahkan Rakyat
Namun, dasar ini memberi beban kepada sesetengah rakyat yang mempunyai berlainan latar belakang sosioekonomi.
Kredit: Nextrift
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
@ohmedia Jangan hidup penuh dengan alasan plis kalau nak berjaya.
♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media
