Tidak semua hubungan bagi pasangan yang berkahwin akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Ada yang bernasib baik dan ada juga yang terpaksa mengakhiri hubungan dengan penceraian demi kebaikan masing-masing.
IKLAN
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan di media sosial tentang kesusahan hidupnya selepas bercerai.
Difahamkan, wanita dan anak-anaknya terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan dengan gaji bulanannya sebanyak RM600 sahaja.
Baru-baru bercerai, kena halau dari rumah. Sakit kena buang kerja, dapat kerja jual tiket bas. Gaji bersih RM600.
Kerja bus sentral, tumpang surau untuk tidur dengan anak-anak sebulan lebih. Masa tu pakcik jaga tandas bagi nasi bungkus kat anak-anak bila tengah kerja.
Demi kelangsungan hidup dia dan anak-anaknya, wanita itu berkata dia sanggup menyambung pengajian demi masa depan yang lebih baik.
Menurutnya, walaupun dalam serba kekurangan pengorbanan itu akhirnya terbalas dan dugaan berat itu juga telah berlalu dari hidupnya.
Saya sambung ambil sijil safety (keselamatan) guna Socso (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Bila pergi kelas, bawa anak-anak naik bas.
Masa belajar dalam kelas, anak-anak duduk kat tangga diam-diam baca buku. Orang lalu-lalang bagi air kotak seorang satu.
Bila anak lapar, beli nasi kosong dua, ayam seketul kongsi empat. Everyhting eventually passed. Alhamdulillah.
Tangkap layar perkongsian wanita itu dimuat naik ke laman X oleh @AbudiAlsagoff pada Jumaat.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dengan kecekalan wanita itu membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi.
Saya fikir yang betapa kuatnya orang perempuan ni sebenarnya, fizikal nampak lemah tapi mental tu kuat tabah nak sara anak-anak.
Anak-anak yang ada experience susah macam ni. Tengok mak struggle, confirm dah besar berjaya gila-gila punya.