Connect with us

Oh! Media

Mak Buyung Pecah Ketuban Masa Sibuk Beraya

Air Ketuban Pecah

Oh! Inspirasi

Mak Buyung Pecah Ketuban Masa Sibuk Beraya

Baru-baru ini viral satu video, seorang wanita mengandung jadi tumpuan kerana kekal tenang walaupun air ketuban pecah semasa rumah terbuka.

Kejadian itu membuatkan tetamu yang sedang menjamah makanan terkejut dan terus berfikir cara untuk membantu wanita itu.

BACA: Pernah Tercalon Dalam Top 5 Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin, Kini Tak Malu Berniaga Sate

IKLAN

Menurut laporan WeirdKaya, pemilik video yang dikenali sebagai Yuzashila berkata mereka sekeluarga sedang menikmati sup kambing ketika insiden itu berlaku.

Dalam video yang dikongsikan, dia menjerit sambil ketawa kerana wanita itu pecah ketuban di atas sofa yang baru dibelinya.

Semua orang panik tetapi memainkan peranan masing-masing seperti mengambil kain untuk bersiap sedia sementara suaminya menyediakan kereta dan menunggu di luar.

Si ibu tetap tenang dan ketawa. Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi kesakitan.

Tambahnya, walaupun di dalam video itu kelihatan seronok dan kelakar, kejadian sebenar jauh lebih panik dan huru-hara.

Mak buyung itu juga difahamkan adalah sepupunya dan dalam satu komen dia memberitahu yang wanita itu sempat beranak di hospital.

Dia beranak kat hospital.. sempat sampai.. Ingat nak call ambulans.. Tapi tengoklah muka dia… Rilek je, laki dia menggelupur..

Sementara itu, netizen terhibur dengan kejadian itu kerana tidak menyangka wanita itu akan pecah ketuban ketika rumah terbuka.

Komen 1

Wah macam best je kat luar tu, nak tengok.

Komen 2

Baby nak keluar ketip duit raya la tu.

Setakat ini, video tular itu peroleh lebih daripada 1.3 juta tontonan, hampir 70 ribu likes dan 1.6 ribu komen.

Kredit: WeirdKaya | TikTok @yuzashila

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas