Connect with us

Oh! Media

Pemilik Kedai Tak Kisah Jual Makanan Murah, Gembira Lihat Pelanggan Puas Hati Makan

Ohmedia  Makanan

Oh! Inspirasi

Pemilik Kedai Tak Kisah Jual Makanan Murah, Gembira Lihat Pelanggan Puas Hati Makan

Dengan masalah kenaikan harga barangan, ramai pengusaha makanan turut menaikkan harga makanan di kedai mereka.

Tetapi Ajann Rosman, pemilik restoran ayam penyet yang baru sahaja tiga bulan beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam tidak menaikkan harga malah menjual hidangannya dengan harga yang sangat murah.

Pemilik restoran berkenaan menjual nasi dan sup yang boleh ditambah unlimited beserta dengan ayam bersaiz besar, siap dengan minuman harganya cuma RM9.90.

IKLAN

Menurut Ajann Rosman, dia menyasarkan golongan pelajar institusi pengajian tinggi seperti Universiti Tekonologi Mara (UiTM) dan menawarkan harga yang bersesuaian dengan status pelajar.

Photo1699595889

Konsep kedai aku ni, nasi boleh sodok berapa kali pun korang nak, sup pun sama. Cuma order la lauk yang korang nak makan, ayam atau lele (keli). Cuma jangan la sodok sampai tak ingat orang belakang.

Aku faham kalau student ni makan memang nak kenyang je. Bagi aku untung sikit tak apa, tapi kena ada volume la. Aku jual set paling murah RM9.90 siap air.

Photo1699595871 1

Walaupun, dia menyasarkan golongan pelajar, pelanggan lain yang bukan tergolong dalam kumpulan berkenaan turut dialu-alukan dan dapat menikmati harga yang sama.

Bukan itu sahaja, menu yang ditawarkan buat masa ini adalah set ayam penyet, lele penyet, tempe penyet dan bakso bermula dengan harga serendah RM8.90.

Photo1699595975

Namu begitu, ada sesetengah pihak yang berpandangan harga yang ditawarkan terlalu murah dan tidak memberikan keuntungan besar, tetapi lelaki tersebut lebih mementingkan kepuasaan pelanggan.

Untung sikit pun tak apa, janji aku puas hati tengok customer aku makan.

Member aku cakap niaga macam ni bila nak kaya? Bagi aku, tak ada apa yang perlu dikejar sangat. Aku pun baru nak masuk 25 tahun, banyak lagi benda yang aku kena belajar.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji pendekatannya malah ramai yang memberikan maklum balas positif selepas menikmati sendiri hidangan di restorannya.

Photo1699595935

Murah! Portion ayam boleh makan dua orang. Kalau student tu korang share-share la… nasi kan free flow.

Semoga terus sukses, admire kejap muda-muda dah berkecimpung dalam bisnes. All the best!!.

BACA: Graduan Tak Malu Niaga Cek Mek Molek Depan Rumah, Sebulan Dapat RM10,000

Terdahulu, Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan) Politeknik Shah Alam Selangor menjadi inspirasi ramai apabila menjalankan perniagaan menjual kuih tradisional Kelantan, cek mek molek.

Kredit: X Ajann Rosman

+ Baca repon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Photo1699595889
  • Photo1699595975
  • Photo1699595935
  • Photo1699595871 1
  • Ohmedia  Makanan
  • Photo1699595889
  • Photo1699595975
  • Photo1699595935
  • Photo1699595871 1
  • Ohmedia  Makanan

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas