Connect with us

Oh! Media

salam kaut

Oh! Tidak

Ibu Berebut Duit ‘Salam Kaut’ Sampai Bergaduh Dengan Keluarga Besan, Rupanya Kakak Ipar Taja Majlis Perkahwinan

Salam kaut korang banyak tak masa kahwin dulu? Satu perkongsian di aplikasi X baru-baru ini telah mencuri tumpuan warga maya apabila seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila terlibat dalam situasi yang telah memecah belahkan keluarganya akibat sikapnya sendiri.

Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan yang tidak didedahkan identiti berkongsi situasi di mana adik lelakinya yang bekerja sebagai pemandu lori telah bernikah dengan gadis pilihan yang bekerja sebagai kerani di sebuah balai polis.

IKLAN

Menurut cerita si adik lelaki, dia yang menguruskan segala persiapan perkahwinan yang hampir mencecah RM35,000.

Usai sahaja majlis perkahwinan yang dirancang, adik wanita itu memaklumkan dia telah menyerahkan sejumlah wang ‘salam kaut’ yang diberikan tetamu bernilai RM18,000 kepada keluarga mentuanya.

Gara-gara itu, si kakak dan ibu pengantin lelaki mula ‘bising’ dan tidak puas hati apabila kesemua duit tersebut diberikan kepada ibu bapa mentuanya.

Membuatkan kisah itu menjadi lebih ‘plot twist’, rupa-rupanya kakak ipar kepada pengantin lelaki itu yang memberi ‘modal’ untuk membuat majlis kahwin dan si pengantin kedua-duanya hanya melabur sebanyak Rm7,000 setiap seorang.

Membuatkan kisah itu menjadi lebih ‘plot twist’, rupa-rupanya kakak ipar kepada pengantin lelaki itu yang memberi ‘modal’ untuk membuat majlis kahwin dan si pengantin kedua-duanya hanya melabur sebanyak Rm7,000 setiap seorang.

Kejadian itu kemudiannya membuatkan kedua-dua belah keluarga bermasam muka dan bergaduh sehingga membuatkan pengantin lelaki dan isterinya tertekan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap si ibu dan kakak pengantin lelaki yang ‘lebih sudu daripada kuah’.

Ramai juga yang meluahkan rasa simpati dengan pengantin lelaki dan isterinya yang terpaksa menjadi ‘mangsa keadaan’ kepada keluarga yang tamak.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas