Connect with us

Oh! Media

Caprice

Oh! Artis

Pemuda Samakan Anak Caprice Dengan Haiwan Akhirnya Melutut Mohon Maaf

Sebelum ini hangat di media sosial apabila seorang individu telah samakan anak penyanyi rap Caprice iaitu Airiel Qashaf dengan seekor haiwan. 

Terbaru! Pemuda yang dikenali sebagai Irfan itu akhirnya bertemu kemudian melutut sambil memohon maaf kepada Cap dan isterinya.

IKLAN

Kalau korang tengok video yang dimuat naik di Instagram Caprice itu, isterinya, Fara Inalis nampaklah sedikit beremosi. Memang patutlah kan!

Kau umur berapa sekarang? Baru 23 nak buat perangai macam sampah dekat luar.

Kau patut bersyukur kau jumpa dengan Caprice. Kau patut bersyukur sebab Cap boleh tenangkan aku sekarang ni.

Kau nak minta maaf, kau ikut cara aku. Aku nak kau melutut kau mintak maaf dengan aku dan anak aku.

Kemudian, suami kepada Fara Inalis itu dilihat memberi dua pilihan kepada Irfan sama ada ingin selesaikan perkara ini di balai polis atau pergi ke masjid untuk solat bersama.

Kita ada dua pilihan untuk selesaikan masalah ini. Sama ada kita pergi balai polis atau kita pergi masjid. Mana satu pilihan awak?

Pemuda itu memilih untuk solat bersama di masjid dan selepas itu, penyanyi rap itu ada memberi wang kepada Irfan untuk diberikan kepada ibunya sebagai duit raya.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas