Connect with us

Oh! Media

“Saya Minta Maaf..”, Akhirnya Sarah Yasmine Terpaksa Akur Lepas Dapat Notis Dari Aliff Aziz

Aliff aziz sarah yasmine ohmedia

Trending

“Saya Minta Maaf..”, Akhirnya Sarah Yasmine Terpaksa Akur Lepas Dapat Notis Dari Aliff Aziz

Lama mendiamkan diri, penyanyi kontroversi Aliff Aziz akhirnya tampil dalam satu sesi podcast bersama Thecommonfolkssg semalam bagi membongkarkan cerita mengenai rumah tangganya bersama isteri, Bella Astillah.

BACAAliff Aziz Akhirnya Bersuara, Menangis Dan Mengaku Menyesal Keluarkan Cerita Curang Bella

Bukan tu jer, Aliff juga ada memetik nama wanita berasal dari Singapura, Sarah Yasmine dan menceritakan bagaimana hubungan mereka.

IKLAN

Menurut laporan Oh! Bulan, Sarah tidak dapat mengulas lanjut apabila diminta untuk mengenai kenyataan Aliff dan terpaksa akur selepas menerima notis perintah daripada Aliff di Singapura yang dilarang untuk membuat pendedahan di media sosial.

Saya minta maaf kerana tidak dapat memberi komen mengenai pendedahan Aliff. Saya dah terima notis perintah untuk saya tidak menyebut mengenai dirinya.

Jadi, saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut.

Walau bagaimanapun, Sarah bertegas untuk tidak berdiam diri dan akan menyelesaikan perkara itu bersama peguam yang dilantik di mahkamah.

Saya tetap akan lawan balik di mahkamah bersama peguam. Saya tahu diri saya tak salah. Saya sudah beritahu dia (Aliff) sebelum keluar arahan dari pihak mahkamah.

Saya dengan dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan. Saya akan full on go against dia with everything and now, with the court order.

Saya okay kalau ada segelintir pihak yang menganggap saya terhegeh atau meroyan. Insya-Allah, walaupun diduga, saya masih boleh fokus mencari rezeki dengan bekerja.

Sarah juga berharap agar orang ramai faham dengan situasinya kini yang tidak dapat bersuara buat sementara waktu untuk membela Bella.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas