Connect with us

Oh! Media

Pelajar Malaysia Sanggup Belanja Lebih RM20,000 Kumpul Kitab Turath Ulama Alam Melayu Di Mesir

Nur hadi pelajar malaysia mesir kitab ohmedia

Oh! Inspirasi

Pelajar Malaysia Sanggup Belanja Lebih RM20,000 Kumpul Kitab Turath Ulama Alam Melayu Di Mesir

Menarik kisah dan semangat yang ditunjukkan pelajar Malaysia Muhammad Nur Hadi Sallehuddin, 24 yang kini belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Ohmedia terharu dengan Nur Hadi sebab sanggup berhabis sehingga RM20,000 wang simpanan untuk mengumpulkan lebih 200 kitab turath atau kitab tradisi ilmu Islam karangan ulama alam Melayu.

Image 25

Difahamkan, semua buku ini dikeluarkan sekitar tahun 1920 hingga 1960 dan mula dikumpulnya sejak tahun 2020.

Nur Hadi pada awalnya hanya kumpulkan 25 buku tapi lama-lama timbul rasa tanggungjawab…

Image 22

Menariknya, kitab ini sebahagian besarnya ditulis dalam tulisan Jawi dan Aceh yang mencatatkan ilmu tentang tafsir, sejarah, tajwid, fiqah, tasawuf, hadis, akidah serta kamus Arab-Jawi.

IKLAN

Semasa awal datang ke Mesir saya memang tidak tahu keberadaan kitab ini, sehinggalah kawan di Malaysia memaklumkannya. Pada permulaan saya sekadar membeli 25 buku sahaja, lama-kelamaan timbul rasa tanggungjawab dalam diri saya untuk mencari dan mengumpulkannya.

Antara penemuan menarik lain ialah saya melihat bukti bertulis sumbangan besar Syeikh Idris yang menjadi editor kepada kitab tulisan ulama lain sebelum ia dicetak untuk diterbitkan.

Image 23

Untuk pengetahuan korang, Nur Hadi merupakan anak kelahiran Taiping, Perak dan bersedia untuk membawa pulang semua koleksinya ke tanah air untuk dikongsikan bersama pihak yang berminat untuk mengkaji sejarah.

Seorang penjaga buku Arab di Mesir turut percayakan Nur Hadi untuk menjaga kitab ini…

Disebabkan semangat Nur Hadi ini, seorang penjaga buku Arab dikenali sebagai Ammu Abdul Maula di Mesir turut membantunya untuk mengumpulkan semua kitab dari alam Melayu.

Ammu yang berusia 70-an adalah pekerja di Mustafa al-Halabi lebih 50 tahun dan arif berkenaan dengan simpanan kitab turath yang dicetak syarikat itu. Saya telah berjumpa dia berulang kali bagi mencari kitab turath alam Melayu.

Sampailah satu ketika apabila dia melihat kesungguhan saya dan yakin yang saya dapat menyimpan kitab tersebut untuk generasi akan datang, dia membawa saya masuk ke gudang buku dan menunjukkan kitab turath alam Melayu yang masih ada. Dari situlah saya mendapatkan kebanyakan tajuk yang sudah tiada lebihan naskah.

Image 24

Semoga kisah anak muda, Nur Hadi ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk menjaga ilmu dan mengembangkannya untuk generasi akan datang.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas