Connect with us

Oh! Media

Wanita Mengadu Masih Sayangkan Suami Orang Tapi Kesian Dengan Suami Sendiri

wanita cintakan suami orang ohmedia

Oh! Tidak

Wanita Mengadu Masih Sayangkan Suami Orang Tapi Kesian Dengan Suami Sendiri

Kes macam ni sebenarnya banyak sahaja berlaku dalam masyarakat kita. Soal hati ni memang tak boleh dibawa main, sebab itulah jika boleh elakkan awal-awal. Tapi nak buat macam mana, tetap gatal melayan dan akhirnya jadilah macam ni.

BACA: Kumpulan Tukar-Tukar Pasangan Suami Isteri Atas Talian Berjaya Ditumpaskan MCMC

Kali ini, Ohmedia tertarik dengan perkongsian seorang pengguna aplikasi X yang mengadu buntu bagaimana mahu mengakhiri hubungan sulitnya dengan bekas teman lelakinya yang kini sudah berumah tangga sama sepertinya.

IKLAN

Masih saling menyayangi walaupun masing-masing sudah berkahwin…

Tambahnya, mereka berdua akui masih saling menyayangi namun pada masa yang sama dia juga enggan melukai hati suaminya. Namun, jelas wanita itu dia dan bekas teman lelakinya tidak melakukan perkara tidak senonoh sebaliknya hanya berbalas mesej.

Saya isteri orang yang ada hubungan (sulit) dengan suami orang. Dia adalah bekas teman lelaki saya. Kami berdua tak ada anak lagi. Hubungan kami hanya berbual dan bercakap di telefon. Tak ada lebih lebih.

Meskipun hanya berkomunikasi dengan cara begitu namun kedua-duanya akui sayang antara satu sama lain.

Namun wanita itu masih mempunyai rasa bersalah terhadap suami kerana mengkhianatinya dan akui buntu bagaimana mahu menamatkan hubungan terlarang ini.

Dia cakap masih sayang I dan I pun masih sayangkan dia. I tak tahu macam mana nak akhiri hubungan ini. I kesiankan suami I. Tolong I.

Luahan wanita itu mengundang pelbagai kritikan warganet dan ramai yang mempersoal tindakan mereka mengahwini pasangan masing-masing sedangkan masih mempunyai rasa sayang.

image 16

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Popular Bulan Ini

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Malaysia Indonesia FIFA ASEAN Cup

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas