Connect with us

Oh! Media

Oh! Inspirasi

Wanita Melayu Fasih Cakap Dalam Bahasa Tamil, Jiran India Seronok Beraya

Baru-baru ini viral video seorang wanita melayu yang fasih cakap dalam bahasa tamil ketika jiran india datang beraya ke rumahnya buat netizen terkejut.

BACA: Tiket Penerbangan Mahal, UPNM Hantar Pelajar Sabah Balik Guna Pesawat Tentera Secara Percuma

IKLAN

Memetik laporan WeirdKaya, menerusi sebuah hantaran TikTok yang telah memaparkan seorang wanita melayu, Hasimah Hassan memujuk jirannya untuk makan dalam bahasa tamil.

Video yang dikongsikan oleh anak wanita tersebut telah mengejutkan orang ramai kerana jarang melihat bangsa lain bercakap dalam bahasa Tamil di Malaysia.

Anaknya, Juliana berkata ibunya menguasai bahasa itu secara semula jadi kerana berada di sekeliling orang India setiap hari, dan juga mendengar mereka bercakap dalam bahasa Tamil semasa dibesarkan di Taiping Perak.

Hasimah dikatakan bercakap dalam bahasa tamil setiap kali bertemu dengan orang India.

Tambahnya, keluarga mereka sangat rapat dengan jiran Indianya dan dianggap sebagai keluarga.

Keluarga kami sangat rapat dengan mereka, kerana arwah ayah saya sangat rapat dengan mereka. Seolah-olah kita sebuah keluarga, walaupun kita tidak mempunyai pertalian darah; ikatan kami kuat.

Video tersebut meraih 897 ribu tontonan dalam masa dua hari telah membuatkan rata-rata netizen terharu dengan insiden ini.

Kredit: WeirdKaya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas