Connect with us

Oh! Media

aliff aziz

Oh! Artis

“Mungkin Dia Simpati” – Aliff Aziz Kata Hubungan Dengan Bella Dah Lama Retak, Bukan Sebab Ruhainies

Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz berkongsi detik-detik dia mula berkawan rapat dengan pelakon, Ruhainies.

Menurut Aliff, dia dan Bella menghadapi masalah rumah tangga sejak isterinya itu kantoi berskandal dengan Muaz Zabir.

IKLAN

Walaupun sudah berbaik, ada ketika mereka bergaduh disebabkan hal-hal yang kecil sehingga Bella meluahkan hasrat untuk berpisah.

BACA: Aliff Aziz Akhirnya Bersuara, Menangis Dan Mengaku Menyesal Keluarkan Cerita Curang Bella

Sejak itu, dia dan isteri tidak dapat berkomunikasi dengan baik untuk menyelesaikan masalah menyebabkan Aliff menyibukkan diri dengan kerja.

aliff aziz

Sampai masanya saya rasa saya hanya perlu berdiamkan diri tanpa mengetahui yang berdiam diri itu hanya akan membuatkan lebih banyak masalah datang.

Semasa shooting drama Terjerat, prestasi kerja Aliff menurun menyebabkan Ruhainies mula bertanya masalah yang dihadapinya.

ruhainies

Aliff mengaku, berkongsi masalah peribadi menyebabkan hubungan mereka semakin rapat tambahan pula mereka selalu berjumpa di set penggambaran.

Sampai sekarang aku menyesal sangat mula bercerita, sebab benda tu aku yang kawal. Kenapa pula aku nak meluah dekat orang? Tapi, masa tu perkahwinan kami retak macam-macam yang berlaku. Aku akhirnya buat benda sama sekali lagi.

Aku rasa bila aku meluah tu mungkin Ruhainies rasa simpati ke apa. Tapi niat aku bukanlah nak raih simpati sebenarnya. Aku nak meluah untuk kurangkan beban yang ada.

Pelakon ini bagaimanapun tidak menyalahkan Ruhainies sebaliknya meletakkan kesalahan itu dibahunya. Kalau waktu boleh diundur semula, Aliff sedar dia tak sepatutnya berkongsi perasaan menyebabkan hubungan mereka lebih akrab dan ‘personal’.

aliff aziz

Katanya, sebelum mereka menjalinkan hubungan, mereka berbual mengenai kerjaya sahaja. Jadi Aliff menafikan dakwaan dia mula berubah sikap sejak shooting bersama Ruhainies.

Jelasnya, hubungannya dan Bella sudah lama dingin sejak November tahun lalu.

Kredit: Youtube The Commonfolks SG

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas