Connect with us

Oh! Media

“Saya Pernah Tidur RnR” – Wanita Sudah 6 Bulan Dibantu Belikan Motosikal Tetapi Penderma Enggan Dedah Identiti

Ohmedia wanita

Oh! Inspirasi

“Saya Pernah Tidur RnR” – Wanita Sudah 6 Bulan Dibantu Belikan Motosikal Tetapi Penderma Enggan Dedah Identiti

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita menangis ketika berkongsi kesukaran yang dialaminya.

Wanita itu berkata dia sebelum ini dia pernah tidur di surau stetsen minyak, hentian rehat dan rawat (RnR) bersama keluarga, malah turut melakukan aktiviti harian di lokasi itu akibat kesempitan hidup.

Tambahan, lebih menyedihkan apabila anak bongsunya menghidap masalah jantung sejak lahir dan perlu melakukan pembedahan stent.

IKLAN

Saya tidur kat RnR, pagi-pagi dah kena halau sebab orang nak solat. Mandi, basuh baju pun kat RnR.

Screenshot 978

Difahamkan, wanita berkenaan dikenali sebagai Kak Ros sedang menghadapi masalah kewangan.

Masalah mula adalah anak dia sakit jantung dan perlukan rawatan stent… kemudian mereka alami masalah dengan rumah sewa serta kenderaan.

Cukai jalan kereta dah lebih tiga tahun dan tak boleh diperbaharui kerana sudah lama tamat tempoh. Suaminya pula bekerja sebagai pemandu sambilan dengan upah RM900 sebulan.

Malah, individu yang membantu mereka mencadangkan supaya Kak Ros berniaga burger bersama anak sulungnya yang sudah berusia 14 tahun.

Bantuan terhadap keluarga ini sudah enam bulan. Rawatan jantung tu buat dekat IJN (Institut Jantung Negara).

Keseluruhan bantuan untuk keluarga Kak Ros adalah RM25,000.

Disebabkan kesusahannya itu, mereka dibantu dan diberikan sebuah motosikal bagi memudahkan pergerakan.

146476fa 5389 45f4 8f72 1e4ac3ce1fc9

Perkongsian itu dimuat naik di akaun TikTok AZ Pemurah dan telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana wanita tersebut dibantu.

Photo1697613164

Alhamdulillah, tahniah dapat membantu insan-insan yang sangat memerlukan. Semoga Allah perbanyakkan lagi rezekimu.

Terima kasih orang baik, semoga akak AZ dan penerima dipermudahkan urusan.

Walaupun sering memuat naik bantuan yang disalurkan kepada individu -individu memerlukan, kedua-kedua pasangan suami isteri ini enggan mendedahkan identiti mereka.

Photo1697614440

Saya dan isteri tak mahu dikenali supaya dapat jauh daripada perasaan riyak atau bangga diri dengan setiap yang dilakukan.

Kami berdua mahu merendah diri dan pada masa sama dapat terus memberi bantuan dengan selesa.

Video yang dikongsikan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada mendidik masyarakat supaya mereka juga dapat melakukan perkara sama.

Kredit: TikTok AZ Pemurah

+ Baca respon pembaca di Faceboook dan Telegram Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Photo1697613110
  • Screenshot 978
  • 146476fa 5389 45f4 8f72 1e4ac3ce1fc9
  • Photo1697613164
  • Photo1697614440
  • Ohmedia wanita
  • Photo1697613110
  • Screenshot 978
  • 146476fa 5389 45f4 8f72 1e4ac3ce1fc9
  • Photo1697613164
  • Photo1697614440
  • Ohmedia wanita

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas